Penilaian / Testimoni Pengajaran
Sertakan bukti hasil penilaian pengajaran / penyeliaan oleh pelajar
- Feedback pelajar melalui utube
- feedback pelajar dari google form soal selidik
Sertakan testimonial pengajaran / penyeliaan berkesan daripada pelbagai sumber merangkumi:
- Pelajar (Testimoni Pelajar UniSZA)
- Rakan Sejawat (Testimoni Pensyarah UniSZA)
- Jabatan / Fakulti
- Universiti (Testimoni Pensyarah UMT yang juga juri berpengalaman)
- Komuniti / Industri (Timblan Mufti Johor, Berita RTM, Berita al-Hijrah)
- Bukti harta intelek (trademark)
Testimoni Pelajar Subjek Falak Diploma 2021/2022 terhadap penggunaan Board Game AL-KAHF
Bukti hasil penilaian pengajaran / penyeliaan oleh pelajar
1. Laporan Penilaian PdP 2018/2019 SEM I-Penilaian Kursus dan Pengajaran
2. Laporan Penilaian PdP 2020-2021 SEM II Penilaian Kursus dan Pengajaran
3. Laporan Penilaian PdP 2020/2021 SEM I-Penilaian Kursus dan Pengajaran
Penilaian produk pengajaran dan pemebalajaran (PDP) AL-KAHF
Testimoni produk pengajaran daripada pelbagai sumber : Dato Sohibus Samahah Timbalan Mufti Johor (Bekas Pelajar KUSZA)
Sila klik link video berikut : https://drive.google.com/file/d/1UzJSTJQXzHyrUqC5oR3EEfHSK97qJ9S5/view?usp=sharing
Testimoni produk pengajaran daripada pelbagai sumber : Dr Mustafa Man (Juri Inovasi Berpegalaman)
Sila klik link video berikut : https://drive.google.com/file/d/14k89uOm4yOgzA3ncO9qTIF8NQCwWGitO/view?usp=sharing
Testimoni produk pengajaran daripada pelbagai sumber : Dr Hasrul Shuhari (Pensyarah UniSZA)
Sila klik link video berikut : https://drive.google.com/file/d/1Xj1yVz3NmwfViHM7_16QpRgZh2TBzSTT/view?usp=sharing
PENGENALAN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP)
Satu produk inovasi yang diberikan nama Kembara Alam Hartawan Falak (AL-KAHF). AL-KAHF merupakan sebuah permainan berpapan (boardgames) seperti Jutaria, Monopoly dan Milionaire tetapi ianya diinovasikan dengan pengetahuan berkaitan ilmu falak atau astronomi menjadikan permainan ini lebih menarik dan pada masa yang sama pemain dapat menambahkan pengetahuan berkaitan ilmu ini. Hal ini kerana bermain sambil belajar merupakan salah satu cara yang berjaya menarik minat pelajar terutama kanak-kanak. AL-KAHF dibina bagi tujuan pengajaran dan pendidikan di kalangan pelajar sekolah dan universiti. Projek ini diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Roslan bin Umar (Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin), Prof. Madya Ts. Dr. Nor Hazmin binti Sabri dari Fakulti Sains Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Mohd Hasrul bin Shuhari dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Ts. Dr. Ismahafezi bin Ismail dari Fakulti Informatik & Komputeran, Universiti Sultan Zainal Abidin dan pelajar UniSZA Ahmad Najmuddin Zulkeflee, Ahmad Ezzuddin Mohamad, Ahmad Solihin Sira Juddin.
Video AL-KAHF (telah memenangi Pertandingan ITEX2020 dan Anugerah Khas JIPA)
OBJEKTIF
Objektif AL-KAHF antaranya adalah menggiatkan usaha mempromosi ilmu falak atau astronomi dalam kalangan masyarakat umumnya dan juga kepada pelajar khususnya. Ini kerana ilmu falak atau astronomi dikatakan sukar untuk difahami dan menyebabkan pelajar takut dan kurang minat. Oleh itu AL-KAHF dihasilkan bertujuan mempromosi minat terhadap sains terutama ilmu astronomi kepada pelajar (10 tahun ke atas) dan masyarakat. Selain itu juga adalah untuk memperkenalkan institusi astronomi atau falak di Malaysia. Pemain akan didedahkan dengan institusi yang menguruskan falak di Malaysia menerusi papan permainan (gameboard) yang telah diletakkan sebagai tapak untuk dibeli oleh pemain. Dengan pendedahan ini, pemain akan dapat mengetahui sumber rujukan untuk mendapat kesahihan dalam maklumat berkaitan ilmu falak. Selain itu, AL-KAHF akan memperkenalkan balai cerap yang ada di seluruh Malaysia kepada pemain. Pemain akan dapat mengetahui sebenarnya terdapat banyak balai cerap di Malaysia dan ini secara tidak langsung mempromosikan balai cerap untuk diadakan program lawatan ke balai cerap. Hal ini menyebabkan berlakunya penyebaran maklumat-maklumat yang tidak sahih dalam kalangan masyarakat. Dengan memperkenalkan ilmu falak atau astronomi menerusi permainan AL-KAHF, pemain bukan sahaja dapat bermain untuk mengisi masa lapang sahaja tetapi pada masa yang sama dapat menarik minat pemain untuk mempelajari ilmu falak atau astronomi secara santai.
PENCAPAIAN
AL-KAHF ini telah terbukti berjaya menarik minat para pendidik kerana telah memenangi beberapa pertandingan penyelidikan dan inovasi yang telah dipertandingkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya ialah Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2020 (MPI 2020), UniSZA Carnival on e-Learning 2019 (UniCEL 2019) dan International University Carnival on E-Learning 2019 (IUCEL 2019). Selain itu, AL-KAHF versi ke-4 telah terjual lebih daripada 40 unit, kini Al-Kahf versi 4.0 dengan AR menjadikannya berjaya menarik minat masyarakat dan kini boleh didapati dalam shoppee;
https://shopee.com.my/product/41826480/5752288663?smtt=0.132378928-1601796867.3.
Di samping itu, AL-KAHF juga telah berjaya mendapat dana pengkomersilan mikro yang digunakan untuk memasarkan produk ini dengan lebih meluas.
KELEBIHAN
AL-KAHF mempunyai banyak kelebihan antaranya ialah AL-KAHF merupakan permainan berpapan pertama seumpamanya di Malaysia yang mengintegrasikan antara permainan berpapan dengan ilmu falak atau astronomi. Selaras dengan perkembangan teknologi, AL-KAHF telah mempunyai satu aplikasi di Playstore;
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.UniSZA.AlKahf&hl=en
bertujuan untuk menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) bagi menjadikan permainan ini lebih menarik. Selain itu, terdapat unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam permainan ini dalam menyahut aspirasi pendidikan negara. Seterusnya, AL-KAHF mudah untuk dimainkan kerana berkonsepkan permainan berpapan seperti Jutaria, Monopoly dan Milionaire yang mana pemain berlumba untuk mengumpulkan kekayaan melalui perlaksanaan satu sistem ekonomi mainan yang melibatkan pembelian, penyewaan dan pertukaran hartanah dengan menggunakan duit mainan. Tambahan pula, saiznya yang sederhana menjadikannya mudah untuk dibawa ke mana-mana dan yang paling penting harganya yang berpatutan. Produk ini juga mempunyai saluran utube di pautan berikut;
https://www.youtube.com/channel/UCdNFc-2tfEGNfKBX5aCOyhQ
KERJASAMA
AL-KAHF ini dihasilkan hasil kerjasama UniSZA dengan beberapa institusi pendidikan yang lain iaitu UMT serta sebuah syarikat swasta iaitu Redox RX Enterprise.
Soal Selidik Al-KAHF (Link soal selidik)
Penggunaan Permainan Al-Kahf di Sekolah
Penggunaan Permainan Al-Kahf di Sekolah rendah di Terengganu
Permainan al kahf juga telah dipromosi dalam media seperti TV al-hijrah, RTM TV1, Kosmo dan Majalah Darul Iman Negeri Terengganu.
Promo AL-KAHF di Warta Darul Iman
Promo AL-KAHF di RTM
Promo AL-KAHF di TV al hijrah
Copyright produk AL-KAHF (https://drive.google.com/file/d/19bW63rHWVLTf0v1ij6mlNnwVq7nCJCqG/view?usp=sharing)