Kaedah Pengajaran / Penyeliaan dan Penilain
1. Falsafah dan Isu Semasa
Mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran Universiti yang diwajibkan kepada semua pelajar tahun satu. Bagi merealisasikan mata pelajaran ini ia harus mempunyai ilmu asas khususnya ilmu Falsafah Islam dan barat. Pelajar-pelajar yang diajar adalah datang dari pelbagai kursus yang berbeza-beza. Justeru itu, pensyarah harus peka dengan kursus yang mereka ambil khususnya semasa memberi contoh-contoh semasa PnP sedang berjalan dalam kelas.
Pengajaran mata pelajaran ini adalah satu perkara yang mencabar kerana ia memerlukan keseimbangan yang adil diantara etnik pelajar, agama dan kursus. oleh itu, ia amat memerlukan kepada kepakaran yang amat tinggi sekiranya tersalah bagi contoh atau tersalah konsep palajar akan bersuara.
Mata pelajaran Universiti ia sentiasa up to date khususnya bab yang akhir iaitu bercakap soal isu semasa. perkara ini ia memelukan kepekaan terhadap isu persekitaran dan antarabangsa. untuk merealisasikan pekara ini kepada pelajar pensyarah harus mengasimulasikan supaya ia sesuai dengan penerimaan pelajar yang sedang dahagakan ilmu.