Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran
1. Inovasi Pengajaran I-QR Code
Penyertaan Inovasi, Inovation and Design on e Learning (IIDEL) merupakan satu lagi perjalanan seorang pensyarah yang inginkan mencipta dan cuba mengenengahkan idea-idea baharu supaya dapat digunakan oleh generasi akan datang. ia seolah-olah "seorang datuk yang sudah usia senja ingin menanam pokok kepala kepada cucu cicitnya". Hasilnya sudah tentu tadapat dirasai oleh datuk tetapi ia dapat dinikmati oleh cucu mereka suatu masa nanti. Inovasi kali ini merupakan salah satu inovasi-inovasi yang pernah dimenangi semenjak dari tahun 2009 hingga sekarang tidak berhenti-henti menyertainya. ia kerana ingin menyebar ilmu setakat yang termampu. hadiah merupakan saguhati yang sedikit nilainya tetapi ilmu ia merupakan hadiah dari Tuhan yang mencipta yang telah membuka minda untuk mencipta atau berinovasi perkara-perkaran yang baharu demi generasi akan datang.