Lain-lain

1. Projek bersama Masyarakat

Sebagai seorang akademik, bersama masyarakat merupakan salah satu kewajipan demi merealisasikan ilmu dan budi baik kepada masyarakat. saya telah menjalankan banyak aktiviti samada yang bersifat perskitaran, masyarkat asli dalam dan luar negara. saya juga telah menjalakan aktiviti dakwah kepada masyarakat Utara Thailand iaitu di Chiang Mai dan Chiang Rai. kedua-dua tempat ini menjadi pilihan kerana ingin melihat umat Muhammad SAW. lebih ramai di Bumi gajah Putih itu. visi dan misi kami adalah ingin menjadikan sungai Mei Kong itu sebagai tempat umat Islam mengambil wuduk.  Selain daripada kerja-kerja dakwah saya juga sentisa peka dengan persatuan dan yayasan samada dalam dan luar negera. banyak persatuan yang telah saya sertai seperti Persatuan Khat Terengganu, Persatuan Khat Kebangsaan, Persatuan Sejarah Terengganu, sebagai tenaga pengajar al-Quran di Kolej al-Quran Terengganu dan masjid Bukit Payung. Persatuan Afghan Relief bagi membantu mangsa peperangan di Afghan dan telah meyertai Yayasan al-Amin yang baru ditubuhkan pada tahun 2023 di selatan Thailand bagi memberi peluang kepada masyarakat yang memerlukan perhidmatan masyarakat, kerja-kerja yang dijalankan adalah seperti berdakwah, mencari dana bagi membantu mualaf di utara Thailand serta menjalankan kerja-kerja dakwah yang lain seperti aktiviti bersunat, raya Kurban dan lain-lain.



aktiviti bersunat kepada mualaf


Gabungan para Doktor dari Selatan Thailand dan Kambudia