Kaedah pengajaran/penyeliaan dan penilaian
Strategi Pengajaran dan Penyeliaan
A. Pendekatan Pengajaran
Saya menggunakan pelbagai kaedah pengajaran untuk memenuhi keperluan pelajar yang berbeza serta memastikan kefahaman yang mendalam terhadap subjek Pharmacology. Antaranya:
- Teknologi dalam pengajaran: e-learning for Renal Anatomy & Pharmacology (e-RAP)
Pada Mei 2023, saya dan ahli kumpulan telah membangunkan e-RAP, iaitu bahan pengajaran yang menggunakan teknologi berasaskan kod QR untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang “functional microanatomy of nephron and pharmacology of diuretics”.
Melalui e-RAP, pelajar boleh mengakses pelbagai bahan multimedia yang disediakan oleh pensyarah berdasarkan objektif pembelajaran yang diajar di Fakulti Perubatan, UniSZA dengan mengimbas setiap kod QR yang telah diintegrasikan dalam imej nephron yang ada pada e-RAP. Bahan multimedia ini terdiri daripada nota digital, video animasi, peta minda, dan juga case study yang dilengkapi dengan panduan jawapan sebagai ujian kendiri untuk menyokong pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar.
- Mengintegrasikan Artificial Intelligence (AI) melalui aktiviti berkumpulan, iaitu AI-powered mind map untuk membantu pelajar menghubungkan pelbagai konsep Pharmacology, seperti drug’s mechanism of action, pharmacokinetics, and drug interactions melalui visualisasi.
- Kuiz dengan menggunakan platform KeLIP, Kahoot dan juga Quizziz bagi menjadikan pembelajaran lebih menarik dan interaktif.
Senarai Kursus (Sesi Akademik 2024/2025)
B. Penyeliaan
Saya menyelia pelajar dari pelbagai peringkat akademik termasuk Sarjana Muda (untuk Clinical Elective Posting - MBBS), Sarjana, dan PhD.
Kaedah penyeliaan melibatkan sesi diskusi berkala, bimbingan dalam penulisan akademik, dan pemantauan perkembangan pelajar melalui platform atas talian yang disediakan oleh pihak UniSZA, contohnya SISMAS.
Strategi Penilaian
Penilaian merupakan elemen penting dalam memastikan keberkesanan pembelajaran dan pencapaian hasil pembelajaran pelajar. Saya menggunakan pelbagai pendekatan penilaian formatif dan sumatif untuk mengukur tahap pemahaman pelajar.
Penilaian Formatif (Continuous Assessment)
- Online quizzes - dijalankan melalui platform KeLIP untuk menilai pemahaman pelajar secara berkala.
- Refleksi kendiri - pelajar diberikan tugasan reflektif mengenai bagaimana penggunaan AI tool dapat membantu mereka untuk memahami konsep yang dipelajari melalui mind map activity yang dilaksanakan secara berkumpulan.
Penilaian Sumatif (End of Semester Examination)- Ujian bertulis - Soalan MCQs dalam bentuk multiple true false (MTF) dan one best answer (OBA) dan problem-based question (PBQ) digunakan untuk menilai kefahaman pelajar. Ujian ini dikendalikan oleh Unit Peperiksaan, Fakulti Perubatan yang melibatkan semua disiplin ilmu yang diajar.