Inovasi pengajaran dan pembelajaran
Sebagai seorang pendidik dalam bidang Pharmacology, saya sentiasa berusaha untuk menerapkan kreativiti dan inovasi dalam pengajaran bagi memastikan pengajaran yang lebih efektif, menarik, dan memberi impak positif kepada pelajar. Pendekatan inovatif yang saya gunakan bukan sahaja menyokong falsafah pengajaran saya tetapi juga selari dengan teknik pengajaran moden yang menggalakkan pemikiran kritis, pembelajaran kendiri, dan penerapan teknologi dalam pendidikan.
1. Inovasi dalam pengajaran: e-learning for Renal Anatomy & Pharmacology (e-RAP)
Saya bersama dengan ahli kumpulan telah membangunkan e-Learning for Renal Anatomy & Pharmacology (e-RAP), satu inovasi bahan pembelajaran digital baharu berasaskan kod QR yang mengintegrasikan functional microanatomy of the nephron dengan basic pharmacology of diuretics. Selain itu, pada tahun 2024, saya dan ahli kumpulan juga telah membangunkan An Explainer Video of the e-learning for Renal Anatomy & Pharmacology (e-RAP) bagi menerangkan konsep, fungsi, panduan penggunaan dan kelebihan e-RAP sebagai inovasi bahan pembelajaran digital.
🔹 Ciri Inovatif:
✅ Asli – e-RAP mengintegrasikan dua disiplin teras dalam pengajian sains asas perubatan, iaitu Anatomi dan Farmakologi, dengan memfokuskan kepada functional microanatomy of the nephron dan juga basic pharmacology of diuretics. e-RAP juga menggunakan lukisan asli nephron, di mana beberapa kod QR disematkan untuk membolehkan pelajar mengakses kandungan pembelajaran interaktif pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Mnemonics yang unik dan juga video animasi turut dimasukkan untuk membantu kefahaman dan daya ingatan pelajar.
✅ Signifikan – e-RAP membantu pelajar menghubungkan ilmu anatomi (functional microanatomy of the nephron) dengan ilmu asas farmakologi berkaitan dengan diuretics dalam satu bahan pembelajaran.
✅ Relevan – Seiring dengan trend pembelajaran digital, e-RAP memberikan fleksibiliti kepada pelajar untuk mengakses maklumat di mana-mana sahaja melalui imbasan QR. Inovasi ini juga menyokong pembelajaran berpusatkan pelajar (student-centred learning) dan pembelajaran kendiri (self-learning), yang sangat penting dalam pendidikan perubatan masa kini. Tambahan pula, akses pembelajaran tanpa had melalui kod QR menjadikan pembelajaran lebih fleksibel dan bersesuaian dengan budaya digital generasi pelajar masa kini.
🔹 Impak terhadap Pembelajaran:
✅ Meningkatkan kadar pemahaman pelajar, terutama bagi mereka yang lebih cenderung kepada pembelajaran visual dan interaktif.
✅ Memperbaiki pengalaman pembelajaran kendiri dengan membolehkan pelajar mengakses bahan pembelajaran mengikut learning pace setiap pelajar (accessible anytime and anywhere).
✅ Meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar.
2. Inovasi dalam pengajaran: AI-powered Mind Mapping
Saya telah mengintegrasikan AI-powered mind mapping sebagai alat bantu pembelajaran yang membolehkan pelajar menghubungkan dan mensintesis konsep farmakologi secara visual. Aktiviti ini telah diadakan secara berkumpulan untuk salah satu topik e-learning (PTG) saya, iaitu Antirheumatoid and antigout agents.
🔹 Ciri Inovatif:
✅ Asli – Pendekatan ini memperkenalkan elemen kecerdasan buatan (AI) sebagai alat pembelajaran inovatif dalam mempelajari farmakologi, terutamanya topik-topik yang memerlukan pemahaman konseptual yang mendalam.
✅ Signifikan – AI membantu pelajar menganalisis hubungan antara mekanisme ubat, farmakokinetik, dan kesan sampingan dalam satu peta minda yang komprehensif.
✅ Relevan – Pendekatan ini adalah selaras dengan keperluan pendidikan digital masa kini dan juga menggalakkan pelajar menggunakan teknologi dalam pembelajaran perubatan.
🔹 Impak terhadap Pembelajaran:
✅ Meningkatkan pemikiran kritis dengan membolehkan pelajar menstruktur dan menghubungkan maklumat dengan lebih jelas.
✅ Membantu pembelajaran kendiri pelajar, di mana pelajar boleh memanfaatkan mind maps yang dihasilkan oleh semua Kumpulan untuk ulangkaji kendiri pada bila-bila masa.
✅ Meningkatkan pembelajaran secara kolaboratif.
Bukti keberkesanan inovasi pengajaran:
1. Kajian quasi-experimental menunjukkan peningkatan skor kognitif yang ketara dalam kalangan pelajar yang menggunakan e-RAP dari pre-test kepada post-test berbanding pelajar yang mengikuti kaedah pengajaran secara konvensional (control group) (Jamaludin et al., unpublished data - manuscript submitted to the Education in Medicine Journal on 24th September 2024).
2. Maklum balas positif pelajar terhadap e-RAP yang membantu pelajar untuk belajar secara lebih aktif dan berkesan.
3. Refleksi pelajar berkaitan dengan AI-powered mind map activity yang menggalakkan pembelajaran secara kolaboratif.