Kesarjanaan dalam pengajaran/penyeliaan dan penilaian
Sebagai seorang pendidik, saya sentiasa berusaha untuk berkongsi ilmu dan amalan terbaik dalam pengajaran serta penyeliaan di pelbagai peringkat. Saya berusaha untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti pembangunan akademik, penerbitan ilmiah, pembentangan di persidangan, serta inovasi dalam pendidikan perubatan.
Perkongsian Ilmu dan Amalan Pengajaran
A. Persidangan/Bengkel/Komuniti Pembelajaran
📌 Pembentangan inovasi e-RAP dengan tajuk 'Enhancing Students' Learning Process Through the "e-learning for Renal Anatomy & Pharmacology" (e-RAP)' untuk Rogayah Jaafar Award for Innovation in Health Professions Education di Persidangan 1st International Artificial Intelligence (AI) in Medical Education Conference in conjunction with MAEMHS 2024 (AIMEC) - Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan bertuah kerana telah disenaraipendek sebagai pembentang bagi Rogayah Jaafar Award for Innovation in Health Professions Education 2024. Meskipun saya gagal memenangi anugerah tersebut, setidak-tidaknya saya telah menjadi satu-satunya wakil UniSZA untuk bersaing dengan dua orang lagi pembentang daripada UM dan Taylor's University. Sesungguhnya ia adalah satu pengalaman berharga buat saya yang masih baru berjinak-jinak dengan inovasi pengajaran.😊
📌 Pembentangan berkenaan sebahagian daripada hasil kajian SoTL kami dengan tajuk 'Effectiveness of the “e-learning for Renal Anatomy & Pharmacology” (e-RAP) on Preclinical Medical Students’ Engagement' di 3rd Technology Enhanced Medical Education (ThEME) International Conference 2024. Alhamdulillah, hasil pembentangan saya telah dianugerahkan sebagai the Best Oral Presentation in Medical Education.
📌 Pembentangan di MAEMHS Research Highlight Series 2022
Pada 3 Ogos 2022, hasil penyelidikan saya yang bertajuk "Exploring Preclinical Medical Students' Reflections on their Learning Experience during the COVID-19 Pandemic" telah terpilih untuk sesi pembentangan dalam 30-minute MAEMHS Research Highlight Series. Pembentangan ini melibatkan 10 hasil kajian penyelidikan yang telah terpilih, di mana dua kajian penyelidikan yang terbaik akan menerima MAEMHS RESEARCH EXCELLENCE AWARD 2022.
Pada 27 Oktober 2022, saya telah membentangkan hasil kajian penyelidikan saya dalam MAEMHS Research Highlight Series #01. Alhamdulillah, saya mendapat maklumbalas yang sangat baik dan memberangsangkan daripada penyelaras dan juga peserta yang hadir. Tajuk pembentangan saya adalah "When life gives you lemons, make lemonade."
B. Penyertaan e-RAP dalam Pertandingan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran📌 Innovation Showcase @ PFC, Universiti Putra Malaysia 2023 - penyertaan julung kalinya untuk saya dan ahli kumpulan setelah selesai membangunkan e-RAP dan inovasi kami telah dianugerahkan Gold Medal dalam pertandingan tersebut.
📌 UniSZA Carnival on e-learning (UniCeL) 2023 - produk inovasi e-RAP kami telah dianugerahkan Silver Medal dalam pertandingan tersebut.
📌 International University Carnival on e-learning (IUCEL) 2023 - produk inovasi e-RAP kami telah dianugerahkan Gold Medal dalam pertandingan tersebut.
📌 UniSZA Carnival on e-learning (UniCeL) 2024 - penyertaan saya dan ahli kumpulan dengan tajuk Driving Learning Forward: Evaluating the Impact of "e-learning for Renal Anatomy & Pharmacology" (e-RAP) on Students' Learning telah dianugerahkan Gold Medal dalam pertandingan tersebut.
C. Penerbitan Ilmiah berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran
📌 Penerbitan Dalam Jurnal Akademik
📌 Penerbitan Dalam Bentuk Prosiding sempena International University Carnival on e-learning (IUCEL) 2023
📌 Penerbitan Dalam Bentuk Prosiding bagi Rogayah Jaafar Award for Innovation in Health Professions Education sempena 1st International Artificial Intelligence (AI) in Medical Education Conference in conjunction with MAEMHS 2024 (AIMEC)
D. Pengiktirafan dan Sumbangan kepada Komuniti Akademik
📌 Juri bagi MAEMHS Research Highlight Series (MRHS) 2024
📌 Penceramah bagi Bengkel Competency-Based Academic Writing for High Impact Research Publication
📌 Pemeriksa Luar bagi Calon Master Degree dari Fakulti Farmasi, UiTM
📌 Penceramah bagi Program Minggu Penyediaan Proposal Pelajar PhD Institut Kesihatan Helvetia (IKH), Indonesia di Fakulti Perubatan UniSZA
📌 Penceramah bagi Plagiarism and Academic Writing Workshop
📌 Panel Forum Program Back to School