Kaedah pengajaran/penyeliaan dan penilaian
Sepanjang saya berkhidmat sebagai pendidik, saya telah cuba untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran saya bagi memastikan persekitaran pembelajaran adalah berkesan. Ia bukanlah sesuatu yang mudah terlaksana kerana memerlukan kekuatan dan pemikiran kritis dan kreatif bagi membentuk seorang guru yang akan mendidik masyarakat akan datang. Dalam menjalankan tugas sebagai pendidik, saya melakukan inovasi dalam menanamkan minat Fizik terhadap pelajar dari latarbelakang yang berlainan dan ianya memerlukan komitmen dan pengorbanan dalam diri saya. Sebahagian besar dari pelajar mampu melakukan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, mempunyai minat dan suka melakukan eksplorasi namun mereka kekurangan dari segi kemahiran dan perlu diberi tunjuk ajar dalam pengembangan idea.
“Innovation -the heart of technological change is fundamentally a learning process- Peter Dicken
Pembelajaran teori elektrik berasaskan permainan, ELECTRICO
Saya menggunakan Learning Management System (KeLiP) untuk memasukkan segala maklumat berkaitan kursus dan ianya boleh diakses oleh pelajar yang mendaftar kursus tersebut. Ia mendokumentasikan maklumat pengajaran dan bahan pengajaran. Saya juga mewujudkan kaedah pengajaran yang lebih menarik melalui penggunaan realiti terimbuh (AR) di KeLiP. Ia bersesuaian dengan falsafah dan teori pengajaran dan pembelajaran saya iaitu menerapkan penggunaan inovasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan SnaPHYSICS dalam KeLiP dan sesi ulangkaji di dalam kelas
Untuk memastikan falsafah pendidikan saya terlaksana dalam persekitaran pembelajaran yang saya diami, saya haruslah fleksibel, sentiasa belajar dan berubah mengikut perkembangan masa dan keperluan semasa. Bagi saya pendidik yang terbaik adalah pendidik yang sentiasa meningkatkan pengetahuan diri, menilai prestasi dan melakukan refleksi dalam apa jua yang dilakukan.
If teaching is to be seen as a form of scholarship, then the practice of teaching must be seen as giving rise to new knowledge- Abd Karim Alias
Sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian diperkasakan dan menggunakan kaedah mod teradun; iaitu sepenuhnya atas talian ketika pandemik COVID-19. Pembelajaran atas talian dijalankan secara synchronous (waktu nyata) dan asynchronous (waktu tidak nyata). Untuk aktiviti synchronous seperti kuliah adan perbincangan tutorial, saya menggunkan platform Webex. Sementara platform KeLiP, WhatApp, Kahoot! dan Quizbot digunakan untuk aktiviti PdP asynchronous.
Pelaksanaan Ujian Pertengahan Semester bagi Sesi 20212022 secara alam maya
Pengalaman Viva Voce atas talian pelajar tahun akhir Program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Fizik, Uitm Pahang Kampus Jengka
Penilaian pelajar dalam persekitaran pembelajaran seharusnya berlaku setiap masa. Saya banyak mencuba menerapkan kaedah penilaian yang berlainan dan cuba menerapkan bahawa penilaian bukanlah sesuatu yang digeruni pelajar tetapi ianya boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Saya telah menggunakan pelbagai aplikasi dalam proses penilaian pelajar termasuklah kuiz melalui telegram dan dimuat naik dalam KeLiP. Kuiz melalui telegram in mendapat maklumbalas yang sangat baik dari pelajar di mana pelajar mendapati mereka dapat memulakan dan melakukan kuiz di mana saja, tidak kira masa dan ketika. Ianya dapat dilakukan secara santai dan ketika pelajar yakin mereka telah bersedia.
Mengadakan pop quiz sebelum sesi pengajaran melalui Quizbot
Mengadakan kuiz selepas sesi pengajaran melalui Kahoot!
Membuat refleksi topic selepas sesi pengajaran melalui padlet
SENARAI KURSUS
1) PAA 10204: Fizik I
2) PAA 20204: Fizik II
Senarai kursus dan jumlah bilangan pelajar
Generated from UniSZA OBE system - Center for Management of Academic Excellence and Innovation (CoMAE-i) : DCI FIZIK I DAN FIZIK IIPENYELIAAN PELAJAR
Penyelia bersama Projek Tahun Akhir Pelajar Program Sarjana Muda (Kepujian) Fizik, UiTM Pahang
TAHUN 2022
TAHUN 2023
Geran
Dana Penyelidikan Universiti, DPU 2020
Projek Scholarship of Teaching and Learning (SoTL) 2021