Kaedah pengajaran/penyeliaan dan penilaian
Perincikan dan jelaskan strategi perancangan dan pelaksanaan yang dilakukan terhadap perkara berikut:
- Pengajaran / penyeliaan
- Penilaian
Sertakan bahan bukti / maklumat yang berkaitan dengan pernyataan strategi di atas, contoh:
- Senarai kursus
- Rangka kursus dan bilangan pelajar
- Bilangan pelajar diselia mengikut peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda / Sarjana / PhD
Dalam proses pengajaran, latar belakang pelajar merupakan salah satu aspek penting yang perlu diambil kira. Setiap pelajar mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri. Oleh yang demikian, guru seboleh mungkin perlu meraikan pelajar. Untuk menonjolkan kekuatan dan kemampuan pelajar, pelbagai aktiviti bersesuaian boleh dilaksanakan. Antaranya pembentangan, simulasi dan tugasan. Menerusi pembentangan dan simulasi di hadapan kelas, guru dapat mengenali pelajar dengan lebih dekat berdasarkan personaliti, persediaan dan persembahan mereka.
Bagi proses penyeliaan pelajar, perjumpaan berkala adalah perlu bagi memastikan pelajar terus kekal dalam momentum masing-masing. Perbincangan dari masa ke masa ini dapat mencambahkan lagi idea dan membantu pelajar dalam menghasilkan penulisan yang berkesan.
Penilaian merupakan salah satu elemen utama dalam proses PdP. Penilaian berperanan untuk membantu guru mengenal pasti tahap penguasaan pelajar terhadap pembelajaran mereka. Proses penilaian merangkumi penilaian formatif dan sumatif. Untuk penilaian formatif, penilaian berlangsung secara berterusan sepanjang kelas pembelajaran. Manakala penilaian sumatif dijalankan selepas selesai kesemua topik pembelajaran.