Dr. Siti Fadziyah binti Mohamad Asri
Pensyarah Perubatan | Clinical Anatomy | Technology-Enhanced Medical Education
Fakulti Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin
Portfolio Theme
From Dissection to Digital: Building an Evidence-Based, Lifelong and Technology-Enhanced Anatomy Learning Ecosystem
Teaching Value Statement
Saya membina pengalaman pembelajaran anatomi yang dapat dilihat, dialami, direfleksi dan diaplikasikan secara beretika dalam konteks klinikal.
SINOPSIS PORTFOLIO PENGAJARAN
Portfolio ini menghimpunkan perjalanan, falsafah dan kesarjanaan saya sebagai seorang pendidik perubatan dalam bidang Clinical Anatomy yang berusaha menjadikan pembelajaran anatomi lebih bermakna, visual, klinikal dan berimpak. Berasaskan pegangan bahawa pendidikan perubatan ialah satu proses pembelajaran sepanjang hayat, saya melihat pengajaran bukan sekadar penyampaian ilmu, tetapi satu amanah akademik untuk membentuk pelajar yang mampu berfikir secara kritikal, menghubungkan ilmu asas dengan aplikasi klinikal, serta mengamalkan ilmu dengan empati dan tanggungjawab profesional.
Falsafah pengajaran saya berteraskan prinsip bahawa anatomi perlu dilihat, dialami, direfleksi dan diaplikasikan. Oleh itu, pendekatan pengajaran saya tidak hanya bergantung kepada kuliah tradisional, tetapi menggabungkan strategi pembelajaran aktif, case-based learning, problem-based learning, practical-based learning, pembelajaran digital, gamification, video-based learning dan elemen teknologi imersif. Pendekatan ini direka secara sejajar dengan hasil pembelajaran, strategi penilaian dan keperluan sebenar pelajar dalam memahami konsep anatomi yang kompleks.
Portfolio ini turut memperlihatkan usaha saya membangunkan inovasi pengajaran yang lahir daripada cabaran sebenar dalam pendidikan anatomi, seperti kekangan akses makmal, kesukaran visualisasi struktur tiga dimensi, bilangan pelajar yang besar, keterbatasan masa penilaian kemahiran klinikal asas dan keperluan meningkatkan engagement pelajar. Inovasi seperti My Virtual Anatomy Classroom, VIRTUAL Anatomy Practical Escape Room, Teaching Early Clinical Exposure with TikTok, Madness in Rabies, Ohh My Joint!, The Skull, My Smart Skeleton dan 2D Embryology Animation mencerminkan komitmen saya untuk menjadikan teknologi sebagai penyelesaian pedagogi, bukan sekadar hiasan pengajaran.
Kekuatan utama portfolio ini ialah kesinambungan antara amalan pengajaran, inovasi, penilaian impak dan kesarjanaan. Setiap intervensi pengajaran yang dibangunkan tidak berhenti sebagai aktiviti kelas semata-mata, tetapi diterjemahkan kepada bukti impak, maklum balas pelajar, pencapaian pembelajaran, penerbitan, pembentangan, harta intelek, geran, anugerah inovasi dan perkongsian ilmu di pelbagai peringkat. Ini menunjukkan bahawa pengajaran saya dibangunkan melalui kitaran reflective practice dan continuous quality improvement yang sistematik.
Sebagai pendidik, saya percaya bahawa pengajaran yang berkesan perlu mengubah cara pelajar melihat ilmu, bukan sekadar membantu mereka lulus peperiksaan. Justeru, matlamat utama saya adalah untuk membina ekosistem pembelajaran anatomi yang lebih inklusif, fleksibel, evidence-based dan clinically relevant. Portfolio ini mencerminkan identiti saya sebagai seorang inovator pendidikan anatomi yang menghubungkan ilmu asas perubatan, teknologi pendidikan, kesarjanaan pengajaran dan kepimpinan akademik demi melahirkan graduan kesihatan yang berilmu, reflektif, kompeten dan bersedia untuk terus belajar sepanjang hayat.
DR. SITI FADZIYAH BINTI MOHAMAD ASRI
Public link : https://portfolio.unisza.edu.my/name/fadziyahasri@unisza.edu.my/
DR. SITI FADZIYAH BINTI MOHAMAD ASRI
FAKULTI PERUBATAN
UniSZA@0000-00-00
Academic Background
| IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (ANATOMI), Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur, | 2018. |
| DOKTOR PERUBATAN, Universiti Sains Malaysia, | 2001. |
| SIJIL PELAJARAN MALAYSIA, Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan, | 1992. |
Positions
| Timbalan Dekan (Akademik Dan Siswazah), Fakulti Perubatan | 16 Mar 2025 | 15 Mar 2027 |
| Penyelaras (Penyelaras Sains Asas Perubatan Program Mbbs), Fakulti Perubatan | 16 Apr 2024 | 15 Apr 2026 |
| Penyelaras (Mentor Menti Sains Asas Perubatan), Fakulti Perubatan | 01 Dec 2024 | 30 Nov 2026 |
| Penyelaras (Basic Medical Science Coordinator), Fakulti Perubatan | 16 Apr 2024 | 15 Apr 2026 |
| Penyelaras (Bmm10607 (Gastrointestinal System) Module Coordinator), Fakulti Perubatan | 01 Dec 2022 | 31 Jul 2024 |