Kaedah pengajaran/penyeliaan dan penilaian
Perincikan dan jelaskan strategi perancangan dan pelaksanaan yang dilakukan terhadap perkara berikut:
- Pengajaran / penyeliaan
- Penilaian
Sertakan bahan bukti / maklumat yang berkaitan dengan pernyataan strategi di atas, contoh:
- Senarai kursus
- Rangka kursus dan bilangan pelajar
- Bilangan pelajar diselia mengikut peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda / Sarjana / PhD

Strategi Perancangan dan Pelaksanaan Pengajaran, Penyeliaan dan Penilaian
Strategi pengajaran saya bermula dengan penetapan learning outcomes, mengenal pasti cabaran pembelajaran, memilih aktiviti PdP yang sesuai dan membina penilaian yang benar-benar mengukur pencapaian pelajar. Dalam anatomi, cabaran utama pelajar biasanya melibatkan visualisasi ruang, hubungan struktur, aplikasi klinikal, kepadatan kandungan dan akses praktikal.
Pelaksanaan PdP saya dibina sebagai satu kitaran sebelum, semasa dan selepas kelas. Sebelum kelas, pelajar disediakan dengan bahan pra-baca, video ringkas, soalan pencetus atau bahan digital. Semasa kelas, pelajar dibimbing melalui kuliah interaktif, visual anatomy, PBL, clinical case discussion, aktiviti kumpulan, praktikal dan simulasi. Selepas kelas, pelajar mengukuhkan kefahaman melalui kuiz formatif, refleksi, akses semula bahan digital dan maklum balas.




Dalam penyeliaan pascasiswazah, saya menggunakan pendekatan developmental supervision. Pelajar dibimbing untuk membina soalan penyelidikan yang jelas, memilih reka bentuk kajian, memahami isu etika, mengurus data dan menulis secara sistematik. Penyeliaan dilaksanakan melalui milestone yang realistik, maklum balas berkala dan latihan untuk mempertahankan metodologi yang rasional.
Penyeliaan semasa: Saya sedang menyelia dua pelajar Sarjana sebagai penyelia utama dan seorang pelajar PhD sebagai penyelia bersama. Penyeliaan ini menyokong falsafah pembelajaran sepanjang hayat kerana pelajar dibimbing untuk menjadi penyelidik yang berdikari, reflektif dan beretika.

Selaras dengan falsafah pembelajaran sepanjang hayat, saya melihat penilaian bukan sekadar alat penggredan tetapi sebagai mekanisme pembelajaran. Oleh itu, saya menggabungkan penilaian formatif dan sumatif yang memberi peluang kepada pelajar mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka, menerima maklum balas yang konstruktif dan membangunkan kemahiran refleksi kendiri. Pendekatan ini membantu pelajar menjadi pembelajar yang lebih bertanggungjawab terhadap perkembangan profesional mereka sendiri.


Kursus-kursus yang saya terlibat dalam tajuk anatomi bagi program MBBS dari sesi 2022/2023 hingga kini.
Terdapat 60 pelajar bagi setiap cohort.



Antara kursus-kursus preklinikal yang diajar:



