Penambahbaikan PdP dan Pembangunan Professional
-
Penambahbaikan kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian melalui amalan reflektif yang merangkumi:
- Dokumentasi refleksi
- Analisis / sintesis untuk penambahbaikan
- Tindakan dan perkongsian
-
Pembangunan profesional dalam pengajaran / penyeliaan dan penilaian.
Penambahbaikan Pengajaran / Penyeliaan / Penilaian
Penambahbaikan pengajaran saya berlaku melalui kitaran reflective practice dan continuous quality improvement. Saya mengenal pasti isu pembelajaran, mengumpul maklum balas, menganalisis data, mereka bentuk intervensi, melaksanakan inovasi, menilai impak dan berkongsi dapatan. Kitaran ini memastikan inovasi tidak bersifat ad hoc, tetapi menjadi sebahagian daripada proses sistematik untuk meningkatkan kualiti PdP.
Sebagai contoh, cabaran kekurangan akses praktikal membawa kepada pembangunan MAC. Keperluan assessment yang lebih autentik membawa kepada VAPER. Kekangan masa menilai latihan klinikal individu membawa kepada Teaching ECE with TikTok. Kesukaran pelajar memahami struktur muskuloskeletal membawa kepada OMJ, The Skull dan MySS. Keperluan pendidikan komuniti berkaitan imunologi dan vaksin membawa kepada Madness in Rabies.
Feedback dari pelajar semasa menjalankan kelas ECE secara TikTok yang saya jadikan panduan untuk menambahbaik kaedah pengajaran dan penilaian bagi subjek Early Clinical Exposure (ECE), dimana satu bengkel telah pun dijalankan pada bulan Mei 2026, anjuran Jawatankuasa Task Force ECE Fakulti Perubatan.
Feedback kumpulan 1:

Feedback kumpulan 2:

Feedback kumpulan 3:

Feedback kumpulan 4:

Aktiviti akademik melibatkan pelajar bersama komuniti sekolah juga memberi maklumbalas yang positif dalam menggunapakai kaedah gameboard dan AR dalam menyebarkan pengetahuan berkaitan penyakit Rabies.
Maklumbalas yang diterima:


Respons pertama daripada pelajar semasa menjalankan kelas My Virtual Anatomy Classroom (MAC) banyak membantu saya dan rakan-rakan pensyarah dalam menambah baik kandungan dan kaedah mengajar. Ketika itu, kelas diadakan di makmal komputer yang tidak muat untuk jumlah pelajar seramai 60 orang pada satu masa. Soalan yang diberi pada ketika itu hanya berbentuk kuiz.

Maklumbalas yang diterima dari cohort pertama menggunakan MAC:



Daripada maklumbalas ini, saya menggunakan kaedah gamifikasi semasa penilaian autentik dan terhasil lah Virtual Anatomy Practical Escape Room (VAPER). Kelas ini dibuat secara berkumpulan mengikut kesesuaian pelajar, dimana dan pada bila-bila masa sahaja. Ini selari dengan teori-teori yang mendukung falsafah pembelajaran sepanjang hayat.
Pembangunan profesional saya tertumpu kepada medical education, digital learning, assessment, OBE, MQF, micro-credentials, artificial intelligence dan scholarship of teaching and learning. Ilmu daripada pembangunan profesional ini digunakan semula dalam pengajaran, penyeliaan, penilaian, pembangunan kurikulum dan kepimpinan akademik.
Disebabkan saya sangat berminat untuk membuat penambahbaikan dan inovasi dalam PdP, saya telah menghadiri pelbagai bengkel dan kursus anjuran CoMAE-i, CenTTM, MQA, AKEPT dll. Dengan sokongan kuat daripada Dekan Fakulti Perubatan, banyak ilmu yang saya perolehi dan ada yang saya kongsikan bersama rakan-rakan di fakulti khususnya.

Saya juga banyak menghadiri kursus daripada komuniti akademik seperti Akademi Skolar Malaysia dan Training Magazine Network. Kebanyakan kursus dijalankan di luar waktu bekerja dan direkodkan. Oleh itu, saya boleh mengakses kursus tersebut pada bila-bila masa, sejajar dengan falsafah pembelajaran sepanjang hayat.

Sebelum saya menjadi ahli Akademi Skolar Malaysia, saya telah mengikuti bengkel Genacity Bootcamp 1.0 (AI Content Creator) dan telah dianugerahkan dengan Sijil Kompetensi Profesional.

Kursus-kursus anjuran Akademi Skolar Malaysia yang saya telah pergi:
