Kesarjanaan dalam pengajaran/penyeliaan dan penilaian
Perkongsian ilmu dan amalan pengajaran / penyeliaan dan penilaian di pelbagai peringkat (universiti / kebangsaan / antarabangsa) melalui mana-mana yang berikut:
- Media sosial (termasuk YouTube, Blog, Facebook dll )
- Bengkel / seminar
- Komuniti pembelajaran ( contoh Special Interest Group )
- Modul pembelajaran / buku teks
- Penerbitan berwasit
- Penerbitan digital ( contoh e-buku, e-jurnal, bahan pembelajaran terbuka (OER) )
- Kursus dalam talian ( contoh MOOCs, micro-credential )
- Bahan-bahan lain yang berkaitan
Pengiktirafan ( anugerah / jemputan ucap utama / seminar / penceramah jemputan / jurulatih utama / mentor ) yang diperolehi.
Kepimpinan ( pengerusi / jawatankuasa ) dalam komuniti akademik ( fakulti / universiti / persatuan akademik kebangsaan / antarabangsa ) yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
Kesarjanaan dalam Pengajaran, Penyeliaan dan Penilaian
Kesarjanaan pengajaran saya dibuktikan melalui kesinambungan antara amalan kelas, inovasi, penyelidikan, penerbitan, geran, harta intelek, pengiktirafan, perkongsian ilmu dan kepimpinan akademik. Saya melihat pengajaran sebagai satu bentuk scholarship yang boleh diuji, dinilai, diperbaiki dan dikongsi dengan komuniti akademik.
Inovasi seperti MAC, VAPER, Teaching ECE with TikTok, Madness in Rabies, MySS, OMJ, The Skull dan 2D Embryology Animation bukan sahaja digunakan dalam kelas, tetapi turut dijadikan bahan penyelidikan, pembentangan, penerbitan dan inovasi berdaftar. Ini menunjukkan bahawa pengajaran saya bergerak melangkaui bilik kuliah kepada sumbangan akademik yang lebih luas.
Sebagai pensyarah perubatan dan pemimpin akademik, saya juga terlibat dalam pembangunan kurikulum, pemetaan blueprint, penilaian, mentoring, jawatankuasa akademik, pemilihan pelajar dan inovasi pendidikan. Peranan ini membolehkan saya menterjemah prinsip pedagogi ke dalam sistem fakulti, bukan hanya dalam kelas sendiri.
Beberapa output dari inovasi My Virtual Anatomy Practical (MAC) telah dikongsi bersama komuniti akademik dgn pembentangan di konferens peringkat antarabangsa & nasional.



Penerbitan dari inovasi My Virtual Anatomy Practical:

Hak cipta:

Prosiding dari inovasi Virtual Anatomy Practical Escape Room (VAPER) yang telah dikongsi bersama komuniti akademik:
Prosiding dari inovasi ECE with TikTok yang telah dikongsi bersama komuniti akademik:

Beberapa output dari inovasi The Rabies Saga: Madness with Rabies yang telah dikongsi bersama komuniti akademik:

Prosiding dari inovasi Ohh! My Joint (OMJ!) yang telah dikongsi bersama komuniti akademik:

Prosiding dari inovasi MySS yang telah dikongsi bersama komuniti akademik:

Beberapa output dari inovasi 2D Embryology Animation yang telah dikongsi bersama komuniti akademik:

Saya juga berkongsi kepakaran saya bersama ahli-ahli akademik yang lain:

Saya juga diberi pengiktirafan dalam kepakaran saya sebagai pendidik:

Saya berpeluang untuk menambah pengetahuan disamping menyumbang kepakaran kepada geran dan kolaborasi bersama institusi akademik samada di dalam atau luar negara:
Hasil daripada keterlihatan inovasi pengajaran yang sedia ada, saya terlibat juga dalam penerbitan manuskrip sebagai penulis dan reviewer.

Saya diberi kepercayaan untuk memegang jawatan kepimpinan dalam fakulti samada dalam pengurusan atau jawatankuasa:

- Pada tahun 2024, saya telah diberi mandat oleh Dekan Fakulti Perubatan untuk pembangunan hybrid classroom sebagai salah satu Pelan Strategik Universiti - Pendigitalan. Maka bermula lah pembangunan hybrid classroom di Makmal Kemahiran Klinikal 2 (MKK2). Terdapat 2 unit smart table dengan perisian Complete Anatomy, set hybrid smartboard & smart TV, 3D scanner & 3D printer. Sesi PdP telah dijalankan menggunakan fasiliti yang ada. Beberapa bengkel berkaitan teknologi & inovasi juga ada dibuat di kelas advanced hybrid classroom ini.
Kelas ECE menggunakan virtual simulated patient:

Aktivit-aktiviti di advanced hybrid classroom:
