LATAR BELAKANG DR SITI FADZIYAH BT MOHAMAD ASRI
Beliau merupakan seorang pensyarah perubatan dalam bidang Anatomi di Fakulti Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin. Memulakan kerjaya sebagai seorang Pegawai Perubatan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2001. Menyertai Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai seorang Pensyarah Perubatan di Universiti Putra Malaysia (2009 - 2022) dan Universiti Sultan Zainal Abidin sehingga kini.
KERJAYA SEORANG PENDIDIK
Saya mula terjebak dalam bidang pendidikan semasa bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Pedas, Rembau, Negeri Sembilan. Saya sering mengajar jururawat dan pembantu pegawai perubatan di bawah seliaan saya tentang rawatan dan pendekatan terkini tentang penyakit semasa sesi 'continuous medical education' (CME).
Saya meneruskan kerjaya seorang pendidik sebagai Pensyarah Perubatan (Pelatih) di Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia bermula tahun 2009. Saya menyambung pengajian Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Anatomi dan saya berjaya menukar mod pengajian saya kepada doktor falsafah pada semester ketiga. Saya berjaya memperolehi ijazah PhD (Anatomi) dan mengajar subjek anatomi bukan sahaja kepada pelajar perubatan, malah kepada pelajar sains kesihatan (kejururawatan, dietetik, bioperubatan dan sains kesihatan persekitaran & pekerjaan). Saya juga dijemput sebagai pensyarah anatomi untuk program Pre-Medik Mesir dan juga pensyarah pelawat bagi program 'Chinese Traditional Medicine' (TCM) di Universiti Xiamen Malaysia selama 2 tahun.
Bermula November 2022, saya menyambung kerjaya saya di Fakulti Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin sehingga kini.
Sebagai seorang pendidik, saya selalu meningkatkan pengetahuan saya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan mengikuti kursus-kursus yang berkaitan. Semasa dunia dilanda Covid-19, saya mempersiapkan diri dengan kaedah PdP berasaskan teknologi. Sehabis sahaja memperoleh sijil pencipta kandungan dalam program 'MyDigital Educator@MOHE' pada tahun 2022, saya berkhidmat di Fakulti Perubatan UniSZA. Pada tahun 2024, saya berjaya memperolehi sijil kompetensi profesional Universiti Malaya sebagai pencipta kandungan kecerdasan buatan (AI).
Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman, saya banyak menyertai beberapa projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa di UPM dan juga di UniSZA. Saya juga banyak menyandang jawatan berkaitan PdP seperti penyelaras modul biologi manusia, penyelaras bank soalan, AJK semakan kurikulum preklinikal dan AJK implementasi kurikulum preklinikal semasa di Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM. Semasa di Fakulti Perubatan UniSZA, saya diberi kepercayaan untuk menjadi penyelaras modul sistem gastrointestin dan penyelaras sains asas perubatan.
DR. SITI FADZIYAH BINTI MOHAMAD ASRI
Public link : https://portfolio.unisza.edu.my/name/fadziyahasri@unisza.edu.my/
DR. SITI FADZIYAH BINTI MOHAMAD ASRI
FAKULTI PERUBATAN
UniSZA@0000-00-00
Academic Background
IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (ANATOMI), Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur, | 2018. |
DOKTOR PERUBATAN, Universiti Sains Malaysia, | 2001. |
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA, Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan, | 1992. |
Positions
Penyelaras (Basic Medical Science Coordinator), Fakulti Perubatan | 16 Apr 2024 | 15 Apr 2026 |
Penyelaras (Penyelaras Sains Asas Perubatan Program Mbbs), Fakulti Perubatan | 16 Apr 2024 | 15 Apr 2026 |
Penyelaras (Mentor Menti Sains Asas Perubatan), Fakulti Perubatan | 01 Dec 2024 | 30 Nov 2026 |
Penyelaras (Bmm10607 (Gastrointestinal System) Module Coordinator), Fakulti Perubatan | 01 Dec 2022 | 31 Jul 2024 |