Perjalanan sebagai pensyarah
Fakulti saya bertugas
Saya merupakan pensyarah di Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan latarbelakang akademik dan kepakaran dalam bidang Shariah, muamalat dan kewangan Islam. Saya mula bertugas secara rasmi sebagai pensyarah kanan di sini pada 1 Oktober 2018. Sebagai pensyarah dan akademia, fokus utama pekerjaan kami adalah seperti berikut:
1. Pengajaran
2. Penyelidikan
3. Penerbitan
4. Urusan pentadbiran dan sumbangan terhadap universiti
5. Sumbangan terhadap komuniti
Dari segi pengajaran, saya diberi peluang mengendali kursus Usul Fiqh, Advanced Fiqh Muamalat, dan Islamic Financial Institutions and Market. Manakala untuk penyelidikan, fokus kajian lebih ke arah lapangan Islamic Social Finance atau Kewangan Sosial Islam merangkumi zakat, wakaf, dan crowdfunding (pendanaan awam). Kebanyakan penerbitan saya ialah berkaitan Shariah dan kewangan Islam untuk buku, manakala artikel akademik saya lebih banyak tertumpu kepada isu-isu crowdfunding.
Sejak memulakan kerjaya di UniSZA, saya menyedari tugasan sebagai akademia begitu mencabar, terutamanya dalam mendapatkan pengiktirafan. Walaubagaimanapun dengan hala tuju yang jelas dan bimbingan daripada para mentor, saya membina diri melalui kepakaran dalam bidang. Beberapa tahun berlalu usaha saya kelihatan membuahkan hasil. Penerbitan artikel akademik di jurnal berimpak tinggi, penghasilan karya ilmiah, pelantikan sebagai pakar rujuk, kejayaan menghasilkan pelajar master serta PhD dan anugerah geran penyelidikan.
Alhamdulillah, pada tahun 2023, saya telah dikurniakan kenaikan pangkat DS54 yang membawa gelaran Associate Professor atau Prof Madya. Kenaikan pangkat sebagai akademia memberi peluang buat saya menikmati pelbagai lagi peluang baharu. Antaranya menjadi penilai geran penyelidikan, pengerusi viva dan menjadi penilai tesis luar.
Penyerahan surat kenaikan pangkat oleh Tuan Pendaftar
Pada tahun 2024, berlaku sedikit perubahan pada fokus kerjaya saya sebagai akademia iaitu lebih menjurus kepada aktiviti penyelidikan berbanding pengajaran. Ini kerana saya telah dilantik sebagai felo penyelidik utama di Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), UniSZA. Walaubagaimanapun saya masih kekal mengendalikan kuliah di fakulti asal iaitu Fakulti Perniagaan dan Pengurusan.
Anugerah yang telah dikurniakan
Sepanjang bergelar pensyarah, berikut adalah anugerah yang direzekikan kepada saya.
2020: Anugerah Penerbitan Buku (Peringkat Fakulti)
Sijil penghargaan
Anugerah Penerbitan Buku ini merupakan anugerah pertama yang saya perolehi tatkala menjadi pensyarah. Buku saya yang berjudul Maqasid al-Shariah in Islamic Finance: Theory and Application terbitan Penerbit UniSZA dipilih untuk anugerah ini.
2022: Anugerah Ahli Akademik Harapan dan Anugerah Penerbitan Buku (Peringkat Fakulti)
2 anugerah diperolehi
Pada tahun 2022, 4 tahun setelah menjadi pensyarah, saya dipilih untuk anugerah Ahli Akademik Harapan dan Anugerah Penerbitan Buku di mana buku saya yang bertajuk Fiqh al-Maalat, terbitan Maqasid Institute Malaysia dan buku Usul Fiqh and Its Application in Islamic Finance, terbitan Penerbit UniSZA juga menyebabkan saya turut mendapat Anugerah Penerbitan Buku peringkat fakulti.
2023: Anugerah Akademik Universiti - Kategori Buku ( Peringkat Universiti)
Anugerah Akademik Universiti (kategori buku) telah disampaikan oleh Dato' Naib Canselor
Sijil dan plat penghargaan
Pada tahun 2023, saya dianugerahkan Anugerah Akademik Universiti (kategori buku). Hadiah disampaikan oleh Naib Canselor, Prof Dato Dr. Fadzli Adam. Buku yang memenangi anugerah ini ialah buku Usul Fiqh and Its Application in Islamic Finance, terbitan Penerbit UniSZA. Buku ini dihasilkan bersama rakan saya Dr Fathullah Asni dari Universiti Sains Malaysia.
2023: Anugerah Zakat Kebangsaan- Kategori Ikon Akademik (Peringkat Kebangsaan)
Tahun 2023, saya turut menerima kejutan memenangi Anugerah Zakat Kebangsaan kategori Ikon Asnaf Akademik. Kriteria untuk anugerah ini calon pernah dibiayai dana zakat sewaktu belajar. Dalam kes saya, pengajian master, antara dana yang membantu kejayaan peringkat tersebut ialah zakat MAIDAM (Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu). Anugerah ini turut mensyaratkan sumbangan ikon dalam bidang zakat dan personaliti sebagai ahli akademik.
Hasil karya
Saya percaya pensyarah dan karya adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. Mengambil ibrah daripada ilmuan silam, buku telah melindungi kesarjanaan dan sumbangan ilmu mereka agar ia selamat diwarisi kepada generasi terkemudian tanpa mengira zaman dan tempat. Justeru, sebagai seorang yang sepenuh masa berada dalam medan ilmu, adalah penting untuk saya hasilkan sebanyak mungkin karya dalam bentuk buku. Karya ini termasuklah buku ilmiah untuk tujuan akademik dan rujukan pengajaran dan pembelajaran dalam universiti, dan juga karya popular yang berbentuk santai agar masyarakat di luar sana turut mendapat manfaat daripada perjalanan ilmu saya sebagai seorang pensyarah.
Penglibatan luar
Pengiktirafan kepakaran pensyarah itu sangat penting, lebih-lebih lagi jika pengiktirafan itu datang dari pihak luar. Bermula Januari 2022, saya dilantik sebagai Pengarah Penyelidikan Maqasid Institute Malaysia, cawangan sebuah institusi pemikiran bertaraf antarabangsa, Maqasid Institute Global diasaskan oleh Prof Dr. Jasser Auda. Saya dipelawa kerana kepakaran saya dalam bidang maqasid Syariah.
Penggerak Maqasid Institute Malaysia bersama Presiden Maqasid Institute Global, Prof Jasser Auda
Seterusnya pada Mac 2023, saya dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Syariah Al Rajhi Bank Malaysia. Menjadi Penasihat Lembaga Syariah membuka peluang yang sangat luas dari sudut jaringan industri. Lantikan ini turut membantu saya meneroka praktis kewangan Islam semasa. Saya banyak belajar tatkala menghadiri mesyuarat dan pertemuan di bank yang dihadiri oleh ahli-ahli Penasihat Syariah lain yang lebih pakar dan pegawai-pegawai Syariah di bank yang berpengalaman. Dalam masa yang sama, melalui jawatan ini saya berpeluang menghadiri seminar, persidangan dan kursus yang menghimpunkan para ilmuan, pemain industri dan pengawal selia bidang ini. Saya turut memanfaatkan peluang membawa pemain industri berkongsi di kuliah saya di universiti.
Ahli Lembaga Syariah Bank Al Rajhi Malaysia
Pada Oktober 2023, sekali lagi pengiktirafan baharu buat saya. Kali ini saya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa International Council of Islamic Finance Educators (ICIFE). Badan ini menghimpunkan tenaga-tenaga pengajar bidang kewangan Islam seluruh Malaysia dan juga luar negara. Di sini saya berpeluang bertemu dan bertukar fikiran bersama para pengajar kewangan yang terdiri daripada profesor, associate professor, pensyarah kanan dan pemain industri yang pakar dan berpengalaman dalam bidang ini. Semua ini secara tidak langsung membantu saya meluaskan lagi jaringan dalam kalangan akademia.
Exco International Council of Islamic Finance Educators (2023-2025)
Kejayaan sebagai pensyarah
Saya percaya dengan empat prinsip utama kejayaan sebagai seorang pensyarah.
1. Integriti dan amanah yang tinggi.2. Sentiasa menjaga etika dan profesionalism
3. Penerokaan dan pembelajaran yang berterusan terhadap ilmu
4. Penghasilan penerbitan.
5. Memastikan ilmu sentiasa bermanfaat.
PROF. MADYA DR. MUHAMMAD SHAHRUL IFWAT BIN ISHAK
Public link : https://portfolio.unisza.edu.my/name/shahrulifwat@unisza.edu.my/
PROF. MADYA DR. MUHAMMAD SHAHRUL IFWAT BIN ISHAK
FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN
UniSZA@2018-10-01
Academic Background
PhD (Religious Studies), Aberdeen University, Scotland, | 2018. |
MASTER IN FIQH AND USUL FIQH, Al Al-bayt University, Jordan, | 2014. |
BACHELOR IN SHARIA, University Mu Tah, Al Karak, Jordan, | 2010. |
Positions
Penyelaras (Pelantikan Sebagai Penyelaras Jaminan Kualiti Dan E-pembelajaran Fpp), Fakulti Perniagaan Dan Pengurusan | 01 Jan 2022 | 31 Dec 2023 |
Penyelaras (Program Master Of Business Administration & Master Of Islamic Finance), Fakulti Perniagaan Dan Pengurusan | 18 Mar 2020 | 17 Mar 2022 |
Penyelaras (Pusat Pengajian Kewangan & Perbankan), Fakulti Perniagaan Dan Pengurusan | 01 Jan 2019 | 31 Dec 2021 |