Falsafah Pengajaran dan Pembelajaran
Falsafah Universiti
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merupakan sebuah universiti awam yang diletakkan di bawah kategori universiti komprehensif dan universiti Islam. Sebagai pensyarah di sini, saya perlu memahami dan menghayati falsafah universiti sebelum menterjemahkannya dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Elemen yang memberi kesan kepada saya sebagai pensyarah di sini ialah motto universiti itu sendiri itu Ilmu Demi Faedah Insan. Motto ini mengajar kita bahawa apa yang penting pada ilmu ialah sejauh mana ia memberi manfaat dalam kehidupan manusia. Ini termasuklah pensyarah itu sendiri, pelajar, masyarakat dan ummah. Justeru, amat penting bagi seorang pensyarah mengoptimumkan manfaat ilmu melalui PdP mereka.
Pendidikan berasaskan nilai
Saya percaya pendidikan perlu berasaskan kepada nilai atau insani.
Ini ditekankan oleh MQA menerusi framework mereka iaitu Value-Based Education (VBE).VBE ialah pendekatan pendidikan yang memfokuskan pada penerapan nilai moral dan etika dalam diri pelajar. Menggabungkan VBE ke dalam MQF (kerangka program akademik) menyediakan PPT (Universiti) peluang untuk memastikan graduan yang bertanggungjawab, cekap secara profesional dan beretika. Ini akan meningkatkan pengiktirafan global Malaysia sebagai penyedia pendidikan holistik dan beretika, sekali gus meningkatkan daya saing graduannya dan kedudukan institusi pengajian tingginya.
Malaysia Qualification Framework (MQF) Second Edition.
Di UniSZA, gagasan FlexS (Flexible Education With Soul ) merupakan panduan dalam mencorak pendidikan berasaskan nilai dan sentuhan insani. FlexS ini dibentuk sebagai satu solusi berstrategik yang mendokong pemapanan ekosistem pembelajaran UniSZA berteraskan nilai.
Gagasan FlexS yang dibentuk secara bersepadu dan komprehensif bagi menyediakan satu pembelajaran berterusan yang melalui pelbagai proses dan tahap, perubahan masa dan tempat, pendekatan, kaedah pengajaran yang fleksibel bersesuaian dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat, secara anjal dan dinamik.
Saya berpeluang menyumbang kepada universiti untuk agenda FlexS ini, antaranya saya pernah dijemput untuk memberi pengisian Kisah Nabi Musa dan Khidir. Kisah ini bertemakan perjalanan menuntut ilmu dan kehidupan ini membawa mesej ilmu hanya bermanfaat jika mampu memberi nilai kebaikan dalam kehidupan manusia. Ini termasuklah menegakkan keadilan, membina legasi yang soleh dan melindungi hak manusia. Justeru adalah penting sebagai pensyarah agar menekankan aspek hikmah menerusi ilmu yang diajari. Begitu juga pembelajaran sepanjang hayat berbanding hanya berorientasikan peperiksaan atau merit.
Iklan jemputan
Dari segi kurikulum, saya juga telah menerapkan elemen FlexS dalam salah satu kursus saya iaitu Usul Fiqh. Tonggak FlexS yang dipilih ialah Pemikiran Sahih di mana elemen pengukuhan asas pemikiran berdasarkan sumber wahyu (naqli) dan akal (aqli). Ini menjadikan kursus Usul Fiqh sebagai wadah mengenal agama melalui sumber wahyu: al-Quran dan al-Sunnah.
Untuk mengetahui lebih lanjut gagasan FlexS boleh lawati laman web Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (CoMAE-i)
Tonggak utama FlexS
Pendidikan yang berasaskan kompetensi.
Sebagai pensyarah saya menyedari generasi yang saya berhadapan pada masa kini bentuk tidak sama dengan generasi saya. Ia zaman yang mencabar dan rumit dengan perubahan yang drastik. Justeru, pentingnya menghasilkan graduan yang berdaya saing, berdaya tahan dan mempunyai atribut yang betul. Antara cabaran yang dihadapi graduan pada zaman kini ialah jurang yang besar antara bilik darjah dan keperluan industri serta komuniti. Untuk itu, saya cuba mengaplikasikan saranan KPT untuk membentuk transformasi pendidikan tinggi baharu menerusi apa yang dikenali sebagai Experiential Learning and Competency-Based Education Landscape atau EXCEL. Ia merupakan satu kerangka transformasi program akademik yang mengintegrasikan elemen industri, komuniti, penyelidikan dan fleksibiliti.
Melalui EXCEL, pentingnya untuk saya tekankan kepada pelajar saya 4 perkara:1. Kemahiran abad ke-21
2. Mentaliti yang betul
3. Pembelajaran sepanjang hayat
4. Kehidupan yang seimbang.
Kompetensi juga menekankan pensyarah agar:
1. Memperbetul nilai, sikap dan pemikiran dalam kalangan pelajar, bukan sekadar belajar untuk mendapat gred yang baik dalam peperiksaan.
2. Menggalakkan semangat inovasi dan berdikari dalam diri pelajar, bukannya mengikut kebiasaan.'Teach less and learn more'
Menyedari limitasi masa dan perubahan dunia yang drastik, saya percaya pensyarah perlu pendekatan yang lebih efektif. Proses PdP pada waktu kini tidak boleh seperti dahulu yang bergantung kepada kuliah dan hanya bereorientasik peperiksaan. Pensyarah perlu kemahiran mengenalikan kuliah dengan efisyen manakala pelajar perlu belajar seluas mungkin daripada persekitaran, bukan sekadar dalam bilik kuliah. Menerusi prinsip 'Teach less and Learn more' saya mengaplikasikan beberapa perkara, antaranya: -
1. Menumpukan keperluan, minat dan aspirasi untuk pelajar, bukan semata-mata mengejar untuk menghabiskan silibus2. Menggalakkan pelajar untuk terus bertanya, meneroka dan belajar, bukan sekadar menerima semata-mata.
3. Menekankan isu utama, konsep dan idea penting, bukan sekadar menyalurkan maklumat.Prinsip ini juga di bawah konsep student-centered design.
Sumber: Stanford Teaching Commons