Kaedah pengajaran/penyeliaan dan penilaian
Kursus saya
Sepanjang menjadi pensyarah, saya diberi pelbagai kursus untuk mengajar, namun tiga kursus ini merupakan kursus yang saya dilantik sebagai penyedia dokumen dan ketua.
1. Usul Fiqh
2. Islamic Financial Institutions and Market
3. Islamic Social FinanceSubjek Islamic Financial Institutions and Market atau Institusi kewangan dan pasaran Islam merupakan kursus yang diajar untuk tahun akhir pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam). Kursus ini lebih ke arah memberi pendedahan sistem kewangan Islam di Malaysia dan bagaimana institusi kewangan Islam memainkan peranan mereka. Begitu juga pasaran kewangan Islam. Kursus ini di akhir tahun pengajian sebelum para pelajar ke latihan industri, justeru, saya cuba menjadikan ia lebih berorientasikan industri. Pada tahun 2024, saya menjadikan pembentangan pelajar di hadapan wakil industri menjadi satu bentuk penilaian baharu.
Kursus Usul Fiqh merupakan komponen wajib program yang mengguna pakai standard muamalat dan kewangan Islam. Di fakulti, ia menjadi kursus wajib bagi tiga program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam), Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Risiko dan Takaful) dan Sarjana Muda Pengurusan Kekayaan Islam. Walaupun kursus ini merupakan salah satu disiplin penting dan khusus untuk Syariah, ia diajar dengan lebih umum. Topik perbincangan lebih ke arah meneroka sumber-sumber Syariah yang menjadi rujukan autoriti utama hukum hakam. Kursus ini diterapkan elemen FlexS.
Kursus Islamic Social Finance merupakan kursus baharu. Kursus ini menjadi kursus wajib bagi dua program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Risiko dan Takaful). Tajuk yang bakal dipelajari termasuklah institusi perbankan Islam, institusi kewangan mikro, institusi zakat, institusi wakaf dan pendanaan awam. Kursus ini diterapkan elemen Capstone projects dimana tugasan pelajar perlu membuktikan penguasaan mereka terhadap program pengajian mereka.
PdP transformatif berasaskan abad ke-21
Menyedari cabaran pembelajaran abad ke-21, saya cuba menerapkan kaedah PdP yang bersifat fleksible melalui tiga pendekatan pedagogi abad ke-21 seperti Heutagogy (pembelajaran ketentuan kendiri), Paragogy (pembelajaran berasaskan rakan sebaya) dan Cybergogy (pembelajaran berasaskan persekitaran maya), serta penggunaan teknologi terkini bagi mewujudkan pembelajaran imersif yang bermakna kepada pelajar.
persekitaran maya), serta penggunaan teknologi terkini bagi mewujudkan
pembelajaran imersif yang bermakna kepada pelajar.
Elemen ini diterapkan dalam proses PdP termasuklah:
● Kuliah
● Perbincangan kumpulan
● Pembentangan
● Kajian kes
● ProjekPenglibatan industri dalam kuliah
Zaman kini kuliah tidak hanya bergantung kepada seorang pensyarah. Saya percaya adalah penting membawa ilmuan, akademia dan pengamal industri untuk turut sama berkongsi perspektif untuk PdP kita. Sepanjang menjadi pensyarah, berikut adalah pensyarah jemputan yang turut sama berkongsi untuk pelajar saya.
1. Usul Fiqh.Pada tahun 2022, saya bertuah kerana Sahibus Samahah Dato Mufti Terengganu, Dato Dr. Haji Mohamad Sabri Haron telah melancarkan buku saya yang berjudul Usul Fiqh and Its Application in Islamic Finance. SS Dato Mufti yang turut merupakan pakar dalam kewangan Islam tanah air, selain berkongsi kepentingan mempelajari ilmu usul fiqh dalam kewangan Islam, beliau turut memberi motivasi kepada para pelajar untuk terus menuntut ilmu.
2. Advanced Fiqh Muamalat
Pada tahun 2019, saya menjemput Ustaz Syairazi dari Bank Islam Malaysia Berhad untuk berkongsi bagaimana produk kewangan Islam dibangunkan. Perkongsian ini penting dalam membantu aspek aplikasi memandangkan pelajar telah pun didedahkan dengan teori menerusi proses PdP.
3. Islamic Financial Institutions and Market
Untuk kursus ini, pada tahun 2022, saya berpeluang menjemput felo pengajar INCEIF, Tuan Haji Abdul Rahman Bin Mohd Yusoff untuk berkongsi berkenaan industri kewangan Islam dan juga kareer kepada pelajar. Pada tahun 2023, saya menjemput Tuan Haji Mohammad Khairi bin Saat, Head of Shariah Advisory & Innovation, Bank Al Rajhi Malaysia ke UniSZA. Tajuk perkongsian beliau: Islamic banking: now, present and future.
Membawa wakil daripada luar termasuk industri, ilmuan dan komuniti memberi aura PdP yang segar buat para pelajarBuku rujukan
Pendekatan saya, semua kursus yang diajar perlukan buku rujukan utama, paling kurang satu buku. Walaupun sepanjang tempoh pembelajaran, pelajar digalakkan merujuk pelbagai buku dan bahan, rujukan utama yang khusus penting untuk membantu mereka tatkala peperiksaan akhir. Sebolehnya saya usahakan untuk menghasilkan buku sendiri. Selain buku tersebut bertindak sebagai rujukan peperiksaan, ia akan menjadi bahan bacaan persediaan sebelum memasuki kelas. Ini penting agar waktu kuliah, saya hanya kongsikan isu, konsep umum dan perbincangan.
Berikut adalah buku untuk kursus saya:1. Islamic Financial Institutions and Market
Pada asalnya kursus Islamic Financial Institutions and Market menggunakan modul daripada INCEIF University dan nota serta slide saya. Namun pada tahun 2022, saya telah menerbitkan karya yang berjudul An Introduction to Islamic Financial System in Malaysia, terbitan Shariah Wisdom bersama Dr Hashim Shiyuti. Cetakan buku ini hanya terhad untuk pelajar yang mengambil kursus tersebut. Pada tahun 2024, buku ini akan digantikan dengan buku baharu yang lebih lengkap iaitu Islamic Financial Institutions and Markets in Malaysia: Fundamentals and Challenges, terbitan Penerbit UniSZA dengan cetakannya lebih meluas.
2. Usul FiqhUntuk kursus Usul Fiqh, saya bersama Dr Fathullah Asni, pensyarah USM telah menghasilkan karya Usul Fiqh and Its Application in Islamic Finance, terbitan Penerbit UniSZA. Buku ini direka bentuk untuk mereka yang tidak mempunyai latarbelakang Syariah. Ia lebih santai dari aspek teori namun mendatangkan aplikasi yang praktikal melalui amalan kewangan Islam di tanah air. Buku ini telah memenangi Anugerah Akademik Universiti (Kategori Buku) pada tahun 2022.
E-Pembelajaran
E-pembelajaran merupakan satu keperluan pada masa kini. Ini kerana para pensyarah dan pelajar tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada PdP secara fizikal. Kekangan masa, kemudahan, keadaan dan kos menyukarkan kebergantungan aktiviti PdP secara bersemuka. Justeru, PdP perlu menjadi teradun dengan elemen digital. Ini termasuklah kuliah, aktiviti dan penilaian. Di UniSZA, terdapat dua platform utama disediakan sebagai instrumen e-pembelajaran: KeLIP untuk platform pembelajaran dan aktiviti manakala Sistem Pentaksiran Bersepadu (SPB) dikhaskan untuk penilaian.
1. Platform KeLIP
Profil pensyarah
Aktiviti yang dilakukan
2. Platform SPB
Platform ini dikhususkan untuk aktiviti penilaian dan pemarkahan. Kelebihan sistem SPB, ia meminimakan kesilapan memasukkan markah dan juga mampu menghubungkan keputusan peperiksaan dengan Hasil Pembelajaran Program (PLO)
Sistem pemarkahan yang efisyen
Pelajar menjawab peperiksaan akhir menggunakan sistem SPB
PdP era moden perlu memanfaatkan platform e-pembelajaran untuk meluaskan lagi sesi pembelajaran. Ia juga penting dalam memberi fleksibiliti kepada pensyarah dan pelajar untuk sesi PdP berbanding bergantung kepada pertemuan ataupun aktiviti bersemuka. Walaubagaimanapun saya percaya, PdP berasaskan online bukanlah bermaksud menggantikan sepenuhnya PdP secara bersemuka. Banyak kajian bahkan pemerhatian menunjukkan kualiti kuliah yang dikendalikan secara atas talian tidak sama seperti bersemuka. Ini termasuklah cabaran untuk memahami, cara berinteraksi dan yang paling utama ialah memberi tumpuan.
Justeru, saya hanya limitkan peranan PdP secara atas talian dari sudut menonton video pendek, aktiviti seperti kuiz dan forum, dan eksplorasi laman sesawang. Manakala kuliah utama masih diadakan secara bersemuka untuk setiap tajuk yang diajar.
Cabaran Artificial Intelligence (AI)
Aplikasi AI, terutamanya AI generatif amat membantu dalam aktiviti PdP moden dari sudut meningkatkan daya saing, kreativiti dan inovasi. Ini termasuklah penjanaan jawapan dan respon dengan segera dan sistematik; membolehkan pelajar meningkatkan kualiti tugasan, memaksimakan pencarian sumber maklumat. Namun, kebergantungan yang tinggi atau tidak terkawal dalam penggunaan aplikasi AI Generatif seperti ChatGPT sebenarnya ada keburukan juga. Paling jelas, ia boleh menyebabkan kemerosotan pelbagai kemahiran seperti menulis, merumus, menilai, menyelesaikan masalah, berfikir secara kritis serta risiko maklumat yang tidak tepat. Hasilnya, ia boleh menjejaskan proses pembelajaran pelajar 2 daripada 6 dari segi penguasaan pengetahuan dan kemahiran (terutamanya perkembangan kognitif) yang diperlukan untuk berjaya dalam pengajian mereka. Selain itu, perkara ini boleh menimbulkan isu integriti akademik dalam pendidikan.
Justeru, saya sering ingatkan pelajar bahawa AI Generatif boleh digunakan untuk menyokong pembelajaran tetapi bukan mengambil alih tugas mereka sebagai pelajar. Adalah penting bagi pelajar menggunakan AI Generatif secara berhemah, bertanggungjawab serta berintegriti dengan bimbingan pensyarah. Begitu juga maklumat yang diberikan oleh AI Generatif seperti ChatGPT harus disemak kesahihannya sebelum ianya digunakan dalam pembelajaran kerana mungkin mengandungi ralat fakta dan maklumat yang tidak terkini.
Namun apa yang penting juga saya sebut:"Mengetahui tidak bererti memahami"
"Ilmu itu bukan sekadar tahu tetapi sejauh mana ia memberi manfaat pada manusia terutamanya penuntut ilmu itu sendiri"
Seperti motto UniSZA.
"Ilmu Demi Faedah Insan"Dari segi praktikal, saya tidak lagi meminta pelajar menulis tugasan berdasarkan tajuk yang diberi. Sebaliknya saya meminta mereka mengadakan pembentangan verbal terlebih dahulu, kemudian mereka diminta menulis laporan perjalanan pelaksanaan tugasan tersebut. Justeru, ia mengurangkan kebergantungan kepada AI generatif.
Perjalanan kursus