Inovasi pengajaran dan pembelajaran
INDUSTRY AND CLASSROOM FOR COMMUNITY (IC4C).
Inovasi PdP penting buat para pensyarah. Mereka bukan hanya perlu memastikan kandungan kursus selari dengan perkembangan semasa, namun dalam masa yang sama, kaedah pengajaran dan penilaian turut memerlukan penambahbaikan. Ini penting bagi memastikan para graduan yang dihasilkan mampu berdaya saing dan memiliki sikap dan kemahiran yang diperlukan mengikut keadaan semasa.Perbandingan peranan industri dalam kelas saya
Selain isi kandungan kursus, saya turut melakukan penambahbaikan dengan bentuk penilaian. Antaranya semester kedua tahun 2023/2024, dalam usaha menambah baik kursus Islamic Financial Institutions and Market, saya telah memperkenalkan satu bentuk penilaian baharu terhadap pembentangan pelajar.Saya namakan penilaian ini sebagai Industry and Classroom for Community (IC4C). Jika sebelum ini pelajar diminta membentangkan kajian kes produk kewangan Islam semasa, kali ini mereka perlu mencipta produk baharu untuk golongan tertentu dalam kalangan masyarakat. Untuk menjadikan hasil tugasan mereka tidak terlalu ideal atau berteori, mereka perlu bentangkan hasil kerja di hadapan panel industri. Sekalung penghargaan buat sahabat dari Bank Al Rajhi Malaysia dan Bank Rakyat yang sudi menjadi panel penilai.Penilaian dari penal industri merangkumi 3 aspek:
1. Praktikal
2. Boleh difahami.
3. Organisasi idea.
Pembentangan pelajar di hadapan panel industri
Kesan daripada penilaian ini saya dapati:1. Pelajar lebih kreatif dan seronok mencipta sesuatu yang baharu.2. Pelajar lebih profesional kerana perlu membentang idea mereka di hadapan panel industri.3. Idea pelajar lebih matang kerana mereka ingin membuktikan keupayaan diri di hadapan orang luar berbanding sekadar mengutip markah dengan pensyarah.Bahkan waki industri turut memuji pembentangan pelajarKomentar Bank Al Rajhi Malaysia terhadap pembentangan pelajar