Penambahbaikan PdP dan Pembangunan Professional
Pembangunan Professional
Bagi memastikan saya sentiasa dapat memperbaiki mutu PdP dan kepakaran, saya turut mengikuti beberapa kursus dan sijil. Antaranya:
1. Certified Shariah Advisors
Kelas Principle of Finance and Accounting bersama Prof Noraini Ariffin
Program Pensijilan CSA dibangunkan untuk melengkapkan calon berlatar belakang Syariah dengan pemahaman asas tentang teknikal dan proses kewangan, agar mereka dapat menyediakan khidmat nasihat syariah profesional. Kursus ini disediakan oleh Association of Shariah Advisors in Islamic Finance (ASAS). Walaupun pada asalnya, saya menyertai CSA memandangkan saya adalah Ahli Lembaga Syariah Bank Al Rajhi Malaysia yang perlu kepada pendedahan amalan kewangan dan perbankan semasa, namun ia turut membantu mempertingkatkan kemahiran PdP saya dalam bidang kewangan Islam.
2. ICIFE Certificate on Takaful for Educators Programme (ICTEP)
Kursus kedua yang sedang saya ikuti ialah ICIFE Certificate on Takaful for Educators Programme (ICTEP) anjuran International Council of Islamic Finance Educators (ICIFE). Kursus ini dikendalikan secara atas talian dan fokus kepada Takaful. Ia dibangunkan khas untuk para pendidik dalam bidang kewangan Islam terutamanya dalam memahami operasi Takaful.
Alhamdulillah kedua-dua kursus ini membantu dalam memantapkan penguasaaan saya dalam bidang kewangan Islam: teori dan aplikasi.
Semakan Detail Course Information (DCI).
Di sini setiap kursus dipandu oleh DCI. Ini penting agar para pensyarah menggunakan standard yang sama dalam mengendalikan proses PdP dan penilaian. DCI bukanlah bertujuan menghadkan kemampuan dan kreativiti pensyarah dalam menyampaikan ilmu, namun ia lebih ke arah penyelarasan. Dalam masa yang sama, sebagai pensyarah, saya menikmati autonomi dalam menyemak dan memperbaiki DCI sebelum semester bermula mengikut SOP yang ditetapkan.
Sebelum semester bermula, saya akan menyemak perkara berikut:
1. Sinopsis kursus2. Hasil pembelajaran
3. Kandungan kursus
4. Rujukan kursus
Keputusan markah pelajar sebelum ini akan dijadikan panduan untuk mengemaskini DCI kursus sebelum ia diperkenalkan kepada pelajar baharu.Detail Course Information (DCI)