DR. MOHD SHAHRIZAL BIN NASIR merupakan Ketua Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, UniSZA. Bidang pengkhususan beliau ialah Kesusasteraan Arab, Sastera Bandingan (Arab-Melayu), Sastera Islam, Sastera Kanak-kanak Islami, serta Balaghah al-Quran Dan al-Hadis. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari UniSZA. Beliau telah berkhidmat di UniSZA sejak tahun 2008, mengendali slot Belajar Bahasa Arab di radio Terengganu FM selama 10 tahun dari 2013-2023, menjadi kolumnis tetap akhbar Harian Metro ruangan Addin selama lebih 10 tahun, merupakan Guru Takmir JAKIM untuk masjid dan surau negeri Terengganu, serta merupakan ahli Panel Penyemakan Dan Penilaian Khutbah Negeri Terengganu sejak 2023 hingga kini. Antara kursus yang diajar oleh beliau ialah Kritikan Karya Sastera Arab (BAA43303), Kajian Bahasa Teks Al-Hadith Al-Nabawi (BAA43003), Puisi Arab Jahili Dan Islami (BAA21303), Pidato Dan Debat Arab (BAA21003), Bahasa Arab ASP (CDA10703), Bahasa Arab Kebangsaan (PBI10302), dan Lughatul Qur'an (PAU10103).
MOHD SHAHRIZAL BIN NASIR
Public link : https://portfolio.unisza.edu.my/name/mohdshahrizal@unisza.edu.my/
DR. MOHD SHAHRIZAL BIN NASIR
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
UniSZA@2008-12-04
Academic Background
| IJAZAH DOKTOR FALSAFAH DALAM KESUSASTERAAN ARAB, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), | 2025. |
| Sarjana Sains Kemanusiaan ( Pengajian Kesusasteraan Arab ), Universiti Islam Antarabangsa, | 2012. |
| Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan ( Bahasa Arab Dan Kesusasteraan ), Universiti Islam Antarabangsa, | 2008. |
| SIJIL PELAJARAN MALAYSIA, Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan, | 2002. |
Positions
| Ketua Pusat Pengajian (Bahasa Arab), Fakulti Bahasa Dan Komunikasi | 16 Sep 2025 | 15 Sep 2027 |
| Penyelaras (Penyelaras Program Pesisir Fakulti Bahasa Dan Komunikasi), Fakulti Bahasa Dan Komunikasi | 16 Oct 2021 | 15 Oct 2023 |