Kaedah pengajaran/penyeliaan dan penilaian
Perincikan dan jelaskan strategi perancangan dan pelaksanaan yang dilakukan terhadap perkara berikut:
- Pengajaran / penyeliaan
- Penilaian
Sertakan bahan bukti / maklumat yang berkaitan dengan pernyataan strategi di atas, contoh:
- Senarai kursus
- Rangka kursus dan bilangan pelajar
- Bilangan pelajar diselia mengikut peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda / Sarjana / PhD
Senarai Kursus
- Business Mathematics
- Financial Business
- Risk Modelling, Assessment and Management
MSS1103 Business Mathematics
Kursus ini membincangkan aspek asas dalam matematik yang merangkumi: matriks dan aplikasinya dalam sistem persamaan linear, fungsi linear, fungsi kuadratik, fungsi eksponen dan logaritma, konsep koordinat Kartesian, lakaran graf, had fungsi, pembezaan, pembezaan separa, pengamiran dan aplikasinya.
MSD21803 Financial Mathematics
Matematik kewangan menerangkan aplikasi matematik dan pemodelan matematik untuk menyelesaikan masalah kewangan. Kursus ini bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam mengenal pasti masalah matematik serta menggunakan kaedah yang sesuai. Ia merangkumi konsep asas seperti fungsi dan graf, fungsi kuadratik, kalkulus, janjang aritmetik dan geometri, anuiti serta taburan binomial. Penekanan diberikan kepada aplikasi asas kaedah kuantitatif dalam perniagaan, khususnya dalam aktiviti peruncitan, pembelian, penjualan dan pelaburan.FBR30203 Risk Modelling, Assessment and Management
Kursus ini merangkumi konsep umum pemodelan, penilaian dan pengurusan risiko. Ia melibatkan sains analisis risiko serta peranan pemodelan risiko. Penilaian risiko merangkumi Analisis Bayesian, Simulasi Monte Carlo, Pengambilan Keputusan dan Siri Masa untuk mengukur tahap risiko.