Kaedah pengajaran/penyeliaan dan penilaian
Perincikan dan jelaskan strategi perancangan dan pelaksanaan yang dilakukan terhadap perkara berikut:
- Pengajaran / penyeliaan
- Penilaian
Sertakan bahan bukti / maklumat yang berkaitan dengan pernyataan strategi di atas, contoh:
- Senarai kursus
- Rangka kursus dan bilangan pelajar
- Bilangan pelajar diselia mengikut peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda / Sarjana / PhD
KAEDAH PENGAJARAN DAN PENILAIAN
a. Pengajaran / Penyeliaan
Dalam merancang sesi pengajaran, saya sentiasa pastikan setiap kursus dimulakan dengan perancangan yang jelas dan tersusun — bermula dengan Teaching Plan yang selari dengan Course Outcome (CO) dan Program Learning Outcome (PLO). Saya akan tetapkan struktur minggu demi minggu, disertakan kaedah PdP yang pelbagai termasuk kuliah interaktif, kajian kes, simulasi, diskusi kumpulan dan tugasan berasaskan projek.
Bagi kursus yang lebih praktikal, saya akan integrate elemen dunia sebenar seperti real case scenario, isu semasa industri, dan jika sesuai, penglibatan jemputan industri. Pendekatan ni bukan sahaja bantu pelajar faham teori, tapi juga tengok relevannya dalam konteks sebenar.
Dari segi penyeliaan (bagi projek assignment), saya suka gunakan pendekatan coaching berfasa — di mana setiap perjumpaan ada objektif tersendiri. Komunikasi pula fleksibel, sama ada melalui pertemuan fizikal, online, atau komunikasi WhatsApp/Telegram bila perlu.
Penggunaan KeLIP sebagai platform utama (di samping WhatsApp/telegram) dalam penyampaian yang berkesan bagi semua yang diajar oleh saya (Accounting/Auditing/Business Ethics and Corporate Governance) dilihat dapat menarik minat para pelajar untuk terus mendalami dan tetap kekal dalam mode 'ingin tahu' serta berminat untuk mengikuti kelas yang berlangsung. Paparan 'header' bagi setiap topik disediakan bagi memudahkan para pelajar merujuk pada seksyen topik yang betul ketika proses pembelajaran sedang berlaku.
Selain itu, saya turut menggunakan pendekatan blended learning dengan mengintegrasikan video pembelajaran daripada YouTube, khususnya daripada saluran seperti Amanda Loves Audit, sebagai sebahagian daripada strategi penyampaian PdP. Video tersebut saya pilih secara teliti berdasarkan topik yang diajar, dan telah disusun serta dimuat naik di platform KeLIP sebagai rujukan pelajar sebelum sesi kuliah berlangsung.
Pendekatan ini membolehkan pelajar membuat persediaan awal melalui pembelajaran kendiri (self-paced learning), dan memberi lebih ruang dalam kelas untuk sesi perbincangan, pengukuhan konsep dan latihan aplikasi. Respon pelajar terhadap kaedah ini amat positif kerana mereka dapat menonton semula video tersebut pada bila-bila masa, mengikut kesesuaian jadual dan tahap kefahaman masing-masing.
Selepas sesi tontonan, saya akan mengadakan aktiviti atau latihan bertulis, serta sesi Q&A secara langsung untuk menguji keberkesanan penguasaan pelajar terhadap topik tersebut. Kaedah ini bukan sahaja menjadikan sesi pengajaran lebih interaktif, malah menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri.
b. Penilaian
Untuk penilaian, saya mengamalkan prinsip penilaian berasaskan hasil pembelajaran (Outcome-Based Assessment). Setiap instrumen penilaian dirangka untuk mengukur tahap pencapaian Course Learning Outcome yang telah ditetapkan. Ini termasuk gabungan penilaian formatif (kuiz, pembentangan, aktiviti dalam kelas) dan penilaian sumatif (tugasan akhir, laporan projek, ujian akhir).
Saya juga pastikan rubrik pemarkahan disediakan dengan jelas supaya pelajar tahu apa yang dinilai dan bagaimana markah diberi. Feedback pula saya beri secara membina dan spesifik — bukan sekadar markah, tapi juga cadangan penambahbaikan.
Bagi sesetengah penilaian seperti pembentangan projek, saya turut libatkan pihak industri sebagai panel penilai untuk memberi perspektif sebenar dan nilai tambah kepada proses penilaian. Sebagai contoh, saya telah menjemput wakil daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menjadi juri jemputan dalam sesi pembentangan pelajar berkaitan topik tadbir urus korporat. Pendekatan ini bukan sahaja memberi impak besar kepada pelajar dari sudut keyakinan dan keterhubungan industri, tetapi juga menambah kredibiliti penilaian tersebut.
Saya percaya penilaian bukan semata-mata untuk ‘menghakimi’ pelajar, tetapi sebagai satu proses pembelajaran juga. Maka saya sentiasa beri ruang untuk pelajar bertanya, buat semakan, dan refleksi terhadap hasil kerja mereka.
ANTARA SENARAI KURSUS YANG DIAJAR
Auditing 1 (ACB21203)
Business Ethics and Corporate Governance (ACB31803)
Financial Accounting 1 (ACD10103)
Business Accounting (ACB10103)
ANTARA NAMA PELAJAR YANG DISELIA BAGI LATIHAN INDUSTRI
PENGGUNAAN KELIP
VIDEO PEMBELAJARAN DARIPADA YOUTUBE
BERSAMA INDUSTRI JEMPUTAN