Inovasi pengajaran dan pembelajaran
Pernyataan Kreativiti dan Inovasi dalam Pengajaran, Penyeliaan dan Penilaian
Sebagai pensyarah, saya sentiasa mencari ruang untuk menyuntik elemen kreativiti dan inovasi dalam setiap aspek PdP — sama ada dalam pengajaran, penyeliaan mahupun penilaian — supaya proses pembelajaran lebih berkesan, bermakna dan dekat dengan realiti semasa.
Selari dengan falsafah PdP saya yang menekankan pembelajaran aktif dan fleksibel, saya telah memperkenalkan beberapa pendekatan kreatif seperti:
-
Penggunaan video YouTube terpilih (contohnya Amanda Loves Audit) sebagai bahan rujukan awal bagi topik-topik kompleks, di mana pelajar menonton sebelum kelas dan kemudian menyertai sesi perbincangan dalam kelas. Ini menyokong prinsip blended learning dan self-paced learning yang digalakkan di bawah inisiatif FlexS UniSZA.
-
Gamifikasi tugasan seperti kuiz interaktif menggunakan Kahoot! dan Saidina yang menjadikan penilaian formatif lebih menyeronokkan dan menggalakkan penglibatan aktif.
-
Penggunaan pendekatan role play dan kajian kes (case study) sebagai aktiviti kelas, terutamanya dalam topik yang melibatkan etika, audit dan tadbir urus. Sebagai contoh, pelajar akan diberikan satu senario perniagaan sebenar dan diminta memainkan peranan sebagai juruaudit, pengurus risiko, atau ahli lembaga pengarah. Melalui pendekatan ini, pelajar bukan sahaja memahami teori, tetapi dapat melihat bagaimana dilema sebenar berlaku dan bagaimana membuat keputusan secara profesional dan beretika.
-
Kolaborasi bersama industri dalam penilaian, seperti menjemput wakil daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai juri untuk pembentangan pelajar. Ini bukan sahaja menambah nilai autentik kepada tugasan, tetapi juga mengukuhkan hubungan universiti-industri.
Inovasi-inovasi kecil ini sebenarnya berakar daripada falsafah saya sendiri — iaitu pendidikan yang baik bukan hanya menyampaikan ilmu, tetapi menyemai minat, membina keyakinan dan membuka ruang kepada pelajar untuk berfikir sendiri. Saya percaya apabila kaedah pengajaran dan penilaian direka dengan elemen kreatif dan nilai yang relevan, impak pembelajaran akan jadi lebih mendalam dan berkekalan.


Kreativiti dan Inovasi dalam Pengajaran dan Penilaian
Pendekatan PdP saya menekankan elemen inovatif yang asli, signifikan dan relevan. Antara yang saya laksanakan ialah penggunaan video pembelajaran antarabangsa seperti Amanda Loves Audit, yang dipadankan dengan aktiviti kelas seperti kuiz, latihan aplikasi dan perbincangan terbuka. Kaedah ini bukan sahaja menarik minat pelajar, malah menyokong konsep flexible learning dan pembelajaran kendiri selari dengan FlexS UniSZA.
Saya juga mengaplikasikan role play dan kajian kes bagi topik berkaitan etika, audit dan tadbir urus, yang terbukti berkesan untuk merangsang kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Semua aktiviti ini direka agar selaras dengan Course Learning Outcome (CLO) dan disokong dengan rubrik penilaian yang jelas, memastikan kesinambungan antara pengajaran, penyeliaan dan penilaian.
Impak Kreativiti dan Inovasi terhadap Kualiti Pengajaran
Peningkatan Pencapaian Pelajar
Pendekatan inovatif seperti penggunaan video pembelajaran antarabangsa, role play, dan kajian kes telah memberi kesan positif terhadap pemahaman konsep dan keaktifan pelajar dalam kelas. Pelajar lebih bersedia, lebih terlibat dan menunjukkan peningkatan dalam kuiz serta tugasan formatif. Mereka juga lebih yakin semasa pembentangan dan mampu memberi hujah yang lebih kritikal dan matang — satu petanda peningkatan pada aspek KBAT dan komunikasi akademik.
Kualiti Hasil Kerja Pelajar
Kreativiti dalam kaedah PdP turut menyumbang kepada peningkatan kualiti tugasan dan laporan pelajar. Tugasan yang dihasilkan lebih tersusun, lebih analitik dan menunjukkan kefahaman yang mendalam, bukan sekadar hafalan teori. Aktiviti seperti simulasi senario sebenar dan pembentangan industri turut mendorong pelajar menghasilkan kerja yang lebih profesional dan berorientasikan dunia sebenar.
Sebagai contoh, dalam salah satu sesi PdP, saya telah menjemput wakil daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menjadi panel industri semasa sesi pembentangan pelajar. Kehadiran panel luar ini bukan sahaja memberikan maklum balas autentik kepada pelajar, tetapi turut meningkatkan kualiti penyampaian dan isi kandungan pembentangan. Pelajar lebih serius dan berusaha menghasilkan kerja yang lebih mantap apabila mengetahui bahawa hasil kerja mereka akan dinilai oleh pihak industri sebenar.
Maklum balas pelajar juga sangat positif terhadap pendekatan ini. Berdasarkan Penilian Kursus dan Pengajaran yang diperoleh, saya menerima skor 93.8% untuk kursus Business Ethics and Corporate Governance (BECG), Semester II 2024/2025, dan 97.8% untuk kursus Auditing I, Semester II 2022/2023. Skor ini menunjukkan tahap kepuasan pelajar yang tinggi terhadap kualiti pengajaran, pendekatan PdP serta kesesuaian kaedah yang digunakan dalam membantu mereka memahami dan mengaplikasikan ilmu.


-