Penambahbaikan PdP dan Pembangunan Professional
-
Penambahbaikan kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian melalui amalan reflektif yang merangkumi:
- Dokumentasi refleksi
- Analisis / sintesis untuk penambahbaikan
- Tindakan dan perkongsian
-
Pembangunan profesional dalam pengajaran / penyeliaan dan penilaian.

Refleksi Pengajaran dan Penambahbaikan
Sepanjang semester, saya telah mencuba pelbagai pendekatan dalam menyampaikan pengajaran, dan antara yang paling memberi kesan positif ialah penggunaan video pembelajaran daripada saluran YouTube seperti Amanda Loves Audit. Saya pilih video yang sesuai dan padat, kemudian sediakan pautan melalui platform KeLIP untuk pelajar tonton sebelum kelas.
Hasil maklum balas daripada pelajar menunjukkan bahawa pendekatan ini sangat membantu mereka memahami topik sukar seperti audit, terutama kerana gaya penyampaian yang visual dan mudah difahami. Mereka juga lebih bersedia untuk sesi kuliah kerana sudah ada gambaran awal tentang isi kandungan.
Disebabkan keberkesanan pendekatan ini, saya teruskan penggunaannya sebagai sebahagian daripada strategi blended learning dalam PdP saya. Ia juga selari dengan pendekatan FlexS (Flexible Education with Soul) yang meraikan kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar dan memberi ruang kepada pembelajaran kendiri.
Selain itu, saya turut mengambil inisiatif untuk melibatkan panel industri, seperti wakil daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dalam sesi penilaian pembentangan pelajar. Pendekatan ini memberikan nilai tambah yang besar kerana pelajar dapat menerima maklum balas terus daripada pihak industri, dan pada masa yang sama, meningkatkan tahap pengetahuan mereka daripada industri sendiri.
Melalui refleksi ini, saya dapati bahawa gabungan sumber digital berkualiti dan penglibatan industri secara langsung bukan sahaja meningkatkan kefahaman pelajar, malah menjadikan sesi pengajaran lebih bermakna, engaging dan relevan dengan keperluan sebenar dunia profesional.
Walaupun pendekatan PdP yang digunakan pada semester ini menunjukkan keberkesanan yang tinggi, saya percaya masih banyak ruang untuk penambahbaikan. Antara cadangan penambahbaikan yang telah dikenalpasti termasuklah:
Cadangan Penambahbaikan untuk Semester Akan Datang
Peningkatan Elemen Industri dalam PdP
Saya bercadang untuk memperluaskan lagi penglibatan industri dengan menjemput panel luar secara berkala, bukan sahaja semasa pembentangan, tetapi juga dalam sesi kuliah sebagai ‘guest lecturer’ atau penilai bersama (co-assessor). Ini akan memberi pelajar pendedahan lebih luas kepada realiti industri serta meningkatkan kebolehpasaran mereka.
Pembangunan Sumber Interaktif Sendiri
Selain menggunakan sumber sedia ada seperti video YouTube, saya bercadang untuk mula membangunkan video PdP interaktif saya sendiri, menggunakan platform seperti Loom, Canva Video atau OBS, yang lebih disesuaikan dengan konteks pelajar saya sendiri.
Pembangunan Profesional dalam Pengajaran, Penyeliaan dan Penilaian
Sebagai seorang pensyarah, saya percaya bahawa pembelajaran bukan hanya berlaku dalam kalangan pelajar, tetapi juga dalam kalangan tenaga pengajar. Oleh itu, saya sentiasa berusaha untuk memperkukuh kompetensi saya melalui pelbagai bentuk pembangunan profesional berterusan.
Antara inisiatif yang saya sertai termasuklah:
-
Menyertai bengkel-bengkel berkaitan OBE, pembangunan CLO dan penilaian berasaskan hasil pembelajaran.
-
Mengikuti kursus pendek dan microcredential berkaitan teknologi PdP, seperti penggunaan KeLIP, Google Classroom, Loom, dan aplikasi AI pendidikan.
-
Terlibat sebagai peserta dan penceramah dalam beberapa seminar dan webinar berkaitan pengajaran inovatif dan penyeliaan penyelidikan.
-
Berbincang dan berkongsi amalan terbaik PdP bersama rakan pensyarah dalam komuniti fakulti serta melalui group profesional akademik di platform digital.
Pengalaman ini bukan sahaja menambah baik kaedah pengajaran saya, malah membuka perspektif baru tentang pendekatan penyeliaan dan penilaian yang lebih holistik dan pelajar-sentrik. Ia juga memberi inspirasi kepada saya untuk terus menyesuaikan pendekatan PdP dengan perkembangan semasa dan keperluan pelajar yang semakin pelbagai.
