Falsafah Pengajaran dan Pembelajaran
FALSAFAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Falsafah Pendidikan Islam di negara ini menekankan penyepaduan dalam penyampaian ilmu yang boleh membentuk diri, mengasuh peribadi, membina kemahiran diri dan menjadi contoh tauladan dalam penghayatan cara hidup Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah agar menjadi manusia yang bertanggugjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
TEORI DAN MODEL FALSAFAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia adalah satu bentuk usaha memartabatkan Bahasa Al-Quran sebagai Bahasa agama Islam. Pengajaran bahasa haruslah menumpukan strategi:
1. Pembelajaran berpusatkan pelajar.
2. Pensyarah sebagai pemudahcara dan pembimbing.
Pengajaran bahasa memerlukan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas. Guru haruslah BERJIWA BESAR menerima pandangan dan cadangan dari pelajar. Guru harus sentiasa bersedia menukar medium pengajaran yang sesuai mengikut perkembangan pelajar dan keperluan mereka dan tidak memaksa pelajar mengikut gaya mereka bahkan mengalakkan strategi pembelajaran yang pelbagai.
Dalam usaha menuntut ilmu, pelajar dan guru harus saling menghormati. Pembelajaran berbantukan teknologi pada masa kini tidak harus meminggirkan rasa hormat pelajar kepada guru dan bahkan menambah rasa ihsan pada mereka yang berusaha mealhirkan seorang manusia kepada seorang insan.