Kaedah pengajaran/penyeliaan dan penilaian
Perincikan dan jelaskan strategi perancangan dan pelaksanaan yang dilakukan terhadap perkara berikut:
- Pengajaran / penyeliaan
- Penilaian
Sertakan bahan bukti / maklumat yang berkaitan dengan pernyataan strategi di atas, contoh:
- Senarai kursus
- Rangka kursus dan bilangan pelajar
- Bilangan pelajar diselia mengikut peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda / Sarjana / PhD
Kursus utama yang diberikan kepada saya sepanjang mengajar di Fakulti Informatik dan komputeran adalah System Analysis and Design (SAD) samada di peringkat Diploma mahupun Ijazah. Kursus ini biasanya diambil oleh pelajar Diploma pada semester ketiga (Februari) dan Ijazah Sarjana Muda juga di semester ketiga (September). Bilangan pelajar untuk kursus ini sekitar 50 orang untuk Diploma manakala peringkat Ijazah Sarjana Muda pula sekitar 100 orang.
Dari segi strategi kaedah pengajaran dan penilaian terhadap pelajar, saya mengguna pakai strategi sebagaimana rajah dibawah:
Pendekatan yang digunakan sebagaimana yang digambarkan dalam rajah diatas sememangnya sistematik, boleh pindah kepada mana-mana kursus serta boleh skala mengikut keperluan kursus. Input daripada CQI terdahulu menjadi panduan kepada pensyarah semasa kerana sememangnya tujuan CQI dihasilkan adalah bertujuan menambah baik pendekatan serta penilaian sesuatu kursus daripada semasa ke semasa. Selepas input daripada CQI diperolehi terutamanya saranan oleh pengajar terdahulu, tinjauan boleh dibuat untuk mengetahui tahap pengetahuan semasa pelajar. Ujian rentas atau temubual secara lisan boleh membantu untuk memenuhi keperluan ini. Kelemahan serta potensi boleh dikenalpasti bagi membantu peringkat seterusnya iaitu pembinaan pendekatan pembelajaran serta penilaian yang bersesuaian bagi tahap pelajaran. Ianya bagi membolehkan objektif pembelajaran dicapai. Peringkat ini juga merupakan fasa dimana bahan untuk pembelajaran teradun dikenalpasti. Seterusnya pencapaian pelajar direkodkan selepas pelaksanaan konstruk dan laporan untuk penambahbaikan berterusan disediakan bagi meningkatkan lagi pencapaian pelajar sesi seterusnya.