Inovasi pengajaran dan pembelajaran
Pernyataan kreativiti dan inovasi yang sejajar dan menyokong:
- falsafah pengajaran / penyeliaan dan penilaian
- kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian
Terangkan kreativiti dalam inovasi yang dilaksanakan
Ciri
- Asli
- Signifikan
- Relevan
Kaedah pengajaran dan pembelajaran atau penilaian yang merangsang dan memupuk kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT )
Kesejajaran antara kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian dengan hasil pembelajaran.
Impak kreativiti dan inovasi yang digunakan terhadap kualiti pengajaran kepada:
- Peningkatan pencapaian pelajar
- Kualiti hasil kerja pelajar
Sertakan bukti bagi menyokong bahagian yang berkenaan.
(a) Pernyataan kreativiti dan inovasi yang sejajar dan menyokong:
· Falsafah pengajaran dan pembelajaran
· Strategi pengajaran dan pembelajaran
Setiap kelas bersemuka, pelajar akan membuat kerja berkumpulan berdasarkan tugasan yang berkaitan dengan isi kandungan pembelajaran pada hari tersebut. Pelajar telah diberikan nota dan maklumat daripada awal semester lagi. Namun pembacaan dan teori sahaja tidak mencukupi dalam proses pembelajaran. Simulasi dalam kelas menjadi taruhan untuk meningkatkan lagi pemahaman pelajar. Malah pendekatan seperti explorace juga turut membantu pelajar belajar dalam keadaan yang lebih santai. Disamping itu juga, pelajar diberi peluang menilai hasil kerja kumpulan lain berdasarkan tahap kefahaman terhadap maklumat yang disampaikan oleh kumpulan lain.
(b) Terangkan tentang inovasi yang dilaksanakan
i. Ciri inovasi
· Pendekatan baharu
· Signifikan
· Relevan
ii. Kaedah pengajaran dan pembelajaran atau penilaian yang merangsang dan memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
iii. Kesejajaran antara kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan penilaian
(c) Kesan inovasi yang digunakan terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran.
i. Peningkatan pencapaian pelajar
ii. Kualiti hasil kerja pelajar
Penilaian pengajaran dan pembelajaran yang diberikan oleh pelajar menunjukkan peratusan pencapaian 86.4% secara keseluruhan manakala untuk pencapaian pelajar, kesemua lulus untuk kursus ini berbanding dengan sesi sebelumnya yang ada mencatatkan kegagalan dikalangan pelajar. Walaubagaimanapun masih perlu kepada penambahbaikan dari aspek pengetahuan (CLO1). Ianya boleh dicapai melalui latihan yang lebih agresif serta konsisten daripada awal semester.
Dari aspek kemahiran,100% pelajar yang mengambil subjek ini lulus komponen CLO2 iaitu pelajar dikehendaki menyediakan solusi yang berbentuk diagrams dan rekabentuk untuk dijadikan panduan bagi perlaksnaannya dalam CLO3. Hasil daripada projek ini memperlihatkan hampir semua pelajar mampu membangunkan diagram yang diperlukan dalam peperiksaan akhir yang melibatkan kajian kes berbeza dengan apa yang telah mereka buat dalam penilaian berterusan. Ini menunjukkan bahawa pelajar memahami konsep asas analisis dan rekabentuk sehingga mampu membangunkannya secara personal.
Melalui pendekatan ini, pelajar menjadi lebih terbuka malahan pelajar menunjukkan sikap berani mencuba dan tidak malu untuk berkongsi solusi mereka dengan rakan sekelas walaupun solusi mereka mempunyai kelemahan. Malahan interaksi antara pelajar jauh lebih baik dalam melaksanakan projek ini berbanding semasa mereka mula-mula mengikuti kursus ini. Malah kepelbagaian aktiviti juga merangsang mereka untuk mencuba walaupun tidak mampu memberikan jawapan tepat untuk setiap aktiviti.