Penambahbaikan PdP dan Pembangunan Professional
-
Penambahbaikan kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian melalui amalan reflektif yang merangkumi:
- Dokumentasi refleksi
- Analisis / sintesis untuk penambahbaikan
- Tindakan dan perkongsian
-
Pembangunan profesional dalam pengajaran / penyeliaan dan penilaian.
Menjemput pakar bidang dari industri (peguam) untuk menyampaikan Guest Lecture slot mengenai tajuk Legal Practitioner untuk kursus Malaysian Legal System course (LLB 10103) bagi memberikan gambaran awal yang sebenar mengenai profesion kepeguaman dan perkongsian pengalaman kepada pelajar Tahun Satu undang-undang.
Membekalkan maklumat terkini kepada pelajar Tahun Satu mengenai perkembangan perundangan di Malaysia dari semasa ke semasa bagi meningkatkan minat dan kesedaran dalam bidang undang-undang. Update disampaikan kepada pelajar secara santai melalui whatsapp group kelas sama ada sewaktu tempoh pengajian berjalan atau semasa cuti semester.
Mengadakan sesi perkongsian daripada alumni yang berjaya bagi memberikan perkongsian pengalaman dan suntikan semangat kepada pelajar Tahun Satu kursus Malaysian Legal System.
MEMASUKKAN ELEMEN HIEPS KE DALAM KURSUS MALAYSIAN LEGAL SYSTEM MELALUI COLLABORATIVE ASSIGNMENTS AND PROJECTS (CAS) BAGI MENGGALAKKAN PENYELESAIAN KERJA KURSUS SECARA BERKUMPULAN.
MEMASUKKAN ELEMEN HIEPS DALAM KURSUS MALAYSIAN LEGAL SYSTEM MELALUI FIRST YEAR SEMINAR (FYS) BAGI MEMPERKENALKAN PELAJAR TAHUN 1 KEPADA PRINSIP ASAS PRUNDANGAN
MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 MELALUI AKTIVITI HEUTAGOGY
MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 MELALUI PENTAKSIRAN ALTERNATIF