Falsafah Pengajaran dan Pembelajaran
Falsafah Pembelajaran dan Pengajaran:
Membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah SWT yang bertakwa.
Konsep yang mendasari falsafah Pembelajaran dan Pengajaran:
Keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia dan proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah al-Quran yang menjadi teras pendidikan.