Kaedah pengajaran/penyeliaan dan penilaian
Kaedah pengajaran atau pendekatan yang digunakan untuk menyampaikan pengetahuan kursus fiqh al-muamalat dan sistem kewangan Islam di Malaysia kepada pelajar melibatkan beberapa strategi dan teknik untuk mencapai matlamat pembelajaran dengan berkesan. Kaedah pengajaran yang digunakan berbeza jika dilakukan secara bersemuka atau secara dalam talian.
Penularan wabak COVID-19 telah membuka cabaran baharu dalam bidang pendidikan. Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan institusi pengajian tinggi, inovasi dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) menjadi suatu keperluan yang mendesak. Para pensyarah kini perlu melengkapkan diri dengan penguasaan dalam teknologi digital dan menguasai ilmu e-pembelajaran untuk membah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Justeru itu, bermula tahun 2020, kelas gantian dalam talian diadakan untuk menggantikan PdP yang telah dijadualkan secara bersemuka.
Pembelajaran Teradun Gantian (PTG) yang berpusatkan pelajar dengan masa dan tempat pembelajaran lebih fleksibel menggabungkan TIGA (3) elemen e-pembelajaran seperti berikut:
• Bahan pembelajaran (40%)
• Aktiviti pembelajaran (40%)
• Pentaksiran (20%)
Kaedah pengajaran yang berkesan adalah yang menggalakkan motivasi pelajar, memaksimumkan pemahaman dan membantu pelajar menerapkan pengetahuan mereka dalam kehidupan sebenar. Kaedah pengajaran yang berbeza adalah untuk menyokong keperluan pembelajaran pelajar yang berbeza. Contoh kaedah pengajaran yang digunakan bagi kursus Fiqh al-Muamalat dan Sistem Kewangan Islam di Malaysia:
Kaedah-kaedah pentaksiran alternatif digunakan dalam kursus Fiqh al-Muamalat dan Sistem Kewangan Islam di Malaysia bagi memberi penekanan kepada penilaian berterusan, pengukuran kebolehan pelajar secara menyeluruh, dan pemahaman mendalam tentang kemajuan pelajar. Kaedah pentaksiran alternatif ini bertujuan untuk melihat kemajuan pelajar secara holistik, menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif, dan membangunkan keupayaan berfikir secara mendalam dalam konteks pelajaran tertentu.
Contoh Kaedah Pengajaran dan Pentaksiran yang digunakan:
Pentaksiran: Tugasan Video:
Group A
Kumpulan 1:
Kumpulan 2:
;Kumpulan 3:
Kumpulan 4:
Kumpulan 5:
Kumpulan 6:
Group B
Kumpulan 1:
Kumpulan 2:
;Kumpulan 3:
Kumpulan 4:
;Kumpulan 5:
Kumpulan 6:
Kumpulan 7:https://app.animaker.com/animo/ldnjvUVSyNHuXLhE
Kumpulan 8:
Kumpulan 10:
Kumpulan 11:
Penyeliaan Pelajar Siswazah
Strategi Penyeliaan:
Memantau peringkat-peringkat proses penyelidikan secara rapi dan sistematik