Penambahbaikan PdP dan Pembangunan Professional
-
Penambahbaikan kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian melalui amalan reflektif yang merangkumi:
- Dokumentasi refleksi
- Analisis / sintesis untuk penambahbaikan
- Tindakan dan perkongsian
-
Pembangunan profesional dalam pengajaran / penyeliaan dan penilaian.
Dalam Garis Panduan PTG yang dikeluarkan UniSZA bagi pengendalian kuliah secara online, tidak menyebut secara spesifik sebarang ketetapan untuk kaedah pelaksanaan kuliah secara synchronous atau asynchronous.
Dari sumber penilaian pelajar terhadap sesi PdP, terdapat beberapa komen yang menyentuh mengenai perlunya sesi Webex yang lebih kerap. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa aduan dari sumber lain yang menyatakan sesi webex yang terlalu kerap dan lama sangat membebankan pelajar.
Dalam menangani isu ini secara efektif, satu keseimbangan diperlukan dalam menyelesaikan permasalahan.
Bagi pelaksanan Semester Pendek 2021 yang akan berlangsung bermula 8 Ogos 2021, Google Form akan digunakan bagi mengumpul data pelajar seperti berikut:
a) Akses kepada peranti yang akan digunakan pelajar untuk tujuan PdP
b) Capaian internet pelajar
c) Platform pilihan bagi sesi PdP secara live (synchronous)
Daripada data yang akan dikumpul, satu analisis akan dibuat bagi memutuskan nisbah pembahagian yang optimum antara kuliah secara synchronous dan asynchronous berdasarkan data di atas.