Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran

Kaedah PdP di era 2020 atau lebih dikenali sebagai pembelajaran di era Industri 4.0 ini ia bukan lagi hanya belajar dalam kelas selama  2 jam berterusan, tetapi ia harus berubah mengikut zaman. Cuma bagaimana hendak mencapai wawasan pendidikan itu? Setelah pihak kementerian Pelajaran tinggi mengisytiharkan pembelajaran industri 4.0 makan kerajaan juga telah menentukan hala tuju pembelajaran dan Pengajaran kepada pelajar. Banyak pihak yang terlibat untuk menjayakan sistem pendidikan moden ini. Dengan peredaran zaman yang begitu pantas ini, pihak kerajaan tidak duduk diam untuk mencari jalan keluar demi mensejahterakan pelajar yang menjadi generasi pelapin utnuk memimpin negara suatu masa akan datang. Oleh itu, untuk menyahut seruan kerajaan pendidikan tinggi, maka pesyarah harus bergembeleng tenaga untuk mencari solusi yang terbaik untuk anak bangsa ini. inovasi pendidikan adalah salah satu kaedah untuk mendapat idea-idea bernas ini. saya juga turut menyumbang dengan inovasi pendidikan demi kemudahan kepada pelajar untuk memahami ilmu yang dipelajari dengan mudah dan seronok. 

Inovasi merupakan wadah untuk mencapai matlamat pendidikan masa kini yang sejajar dengan era elektronik. setiap inovasi ia harus mencapai aspek yang diperlukan, ia buka sekadar berseronok dan santai sahaja tetapi ia harus mempunayai falsafah dan hala tuju yang jelas seperti mana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Pengajian Tinggi. 

Inovasi yang telah saya ciptakan adalah bermula dari i-Travelog, e-Taranum, i-QR Code dan e-Khat semuanya memberi impak yang besar kepada pelajar. memandankan masing-masing pelajar mempunyai smart Phone maka untuk memudahkan mereka ekses maka kedah (e) atau (i) merupakan pilihan utama pelajar. Dengan adanya kaedah ini pelajar dapat mengakses dimana-mana dan pada bila-bila masa mereka perlukan. ini lah kepentingan sistem moden yang sejajar dengan kehendak industri 4.0. Pelajar hendak perkara yang cepat dan pantas. i-Travelog yang saya telah bina adalah utnuk memberi gambaran kepada palajar tentang ketamdunan sesebuah negara. Mereka dapat lihat sendiri dengan video yang telah dibina oleh saya sendiri dan sekali gus dapat menjelaskan keadaan sebenar tetang kehidupan sosial budaya di tempat orang. mungkin pelajar tidak berkesempat untuk pergi melihat sendiri atau kurang pendedahan untuk pergi dan sebagainya. maka saya sajikan dengan video yang ditayangkan sebelum kelas bermula khususnya video berkaitan dengan tajuk yang akan dibincangkan pada waktu kelas sebenarnya. 

salah satu contoh video e-Travelog adalah seperti berikut.

e

e-Travelog memberi gambaran sebenar di negara luar dan di sekitar Asia Tenggara khususnya sektor sosio ekonomi dan tamadun. Adanya sistem ini pelajar dapat menonton sendiri melalui Labtop atau HP. mereka pada masa yang mereka perlukan. 

i qr

i-QR Code memberi kebudahan untuk pelajar atau masyarakat awam dapat mengekses semua tempat sejarah dan tempat pelancongan yang menarik di Terengganu. Hanya mengimbas QR code mereka dapat terus maklumat dalam 3 bentuk, iaitu word, vedio dan gambar.


Antara Sijil-Sijil yang diterima


gold


sijil

poster

hea


semua contoh penyertaan pertandingan inovasi adalah adea asli yang dihasilkan sendiri serta gabungan kerjasama dengan staf dari Universiti Putra Malaysia. Dengan kometmen yang tinggi maka terhasilah inovasi begini untuk membangun dan menjadi bahan untuk menyokong sistem pendidikan sekaligus dapat mambantu kerajaan dalam membina insan di Malaysia.

Pendidikan era industri 4.0 ia memerlukan kemudahan soft copy atau data-data yang dapat diakses terus dari internet. oleh itu, ia menjadi kesukaan pelajar masa kini. sistem sokongan ini sekaligus dapat membina dan membangun insan secara maksimum mungkin. Bidang pengajian yang begitu banyak terutama rangkaian komputer dan softwere. bidang ini dapat membantu pensyarah lain untuk mebina sistem yang difikirkan oleh pensyarah yang mengajar dalam bidang mereka untuk diaplikasi dalam mata pelajaran yang diajar. Contoh bidang Keusahawanan, kalau hanya ikut sistem perniagaan, pesyarah hanya dapat memberi ilmu perniagaan sahaja kalau tanpa bantuan orang teknikal. Jadi sekarang kita dapati sistem online begitu banyak diluar sana adalah disebabkan bantuan dari orang teknikal khususnya sistem yang dibina itu. Demikian juga bagi mata pelajaran umum, sistem yang wujud diluar adalah ia harus diguna pakai untuk kemudahan para pelajar seperti mana yang berlaku di atas.  




















1. Inovasi Pengajaran I-QR Code

   Penyertaan  Inovasi, Inovation and Design on e Learning (IIDEL)  merupakan satu lagi perjalanan seorang pensyarah yang inginkan mencipta dan cuba mengenengahkan idea-idea baharu supaya dapat digunakan oleh generasi akan datang. ia seolah-olah "seorang datuk yang sudah usia senja ingin menanam pokok kepala kepada cucu cicitnya". Hasilnya sudah tentu tadapat dirasai oleh datuk tetapi ia dapat dinikmati oleh cucu mereka suatu masa nanti. Inovasi kali ini merupakan salah satu inovasi-inovasi yang pernah dimenangi semenjak dari tahun 2009 hingga sekarang tidak berhenti-henti menyertainya. ia kerana ingin menyebar ilmu setakat yang termampu. hadiah merupakan saguhati yang sedikit nilainya tetapi ilmu ia merupakan hadiah dari Tuhan yang mencipta yang telah membuka minda untuk mencipta atau berinovasi perkara-perkaran yang baharu demi generasi akan datang.

sijil I-QR Code