Falsafah Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) merupakan aset penting untuk generasi pelapis di Malaysia. Ilmu pengetahuan tidak hanya tertumpu kepada konten dan Kognitif semata-mata. Alaf 2020 ini pelajar-palajar harus didedahkan dengan soft skill untuk mereka menempuh kehidupan seberan didunia industri 4.0. Disamping itu juga mereka tidak dikecualikan untuk menerap roh ilmu agama demi menjamin kesejahteraan dan berkat dalam kehidupan didunia dan akhirat. Dengan adanya asas agama maka ilmu yang dipelajari akan menjadi penunjuk jalan yang benar dan membentuk jati diri seseorang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. sejajar dengan bidang ilmu yang mereka ceburi. Falsafah Ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah adalah asas untuk memperkukuhkan jalinan ilmu dan sekali gus kuat berepgangn kepada amanah yang  Allah tentukan keatas setiap insan diats muka bumi ini. Dengan kesedaran inilah ilmu sentiasa digali dan diperbaharui dengan pelbagai enovasi demi kelangsungan insan. Faktor ilmu menurun adalah disebabkan oleh beberapa aspek. ini perkara menjadi igauan pendidik alaf 2020. Memandangkan amanah yang besar maka setiap pendidik harus bangkit dengan senjata-senjata yang dapat menahan dan menangkis anasir-anasir yang tidak sihat sehingga menyebabkan sistem ilmu itu jatuh dijilat tanah. Tanggunjawab dan amanah maka pendidik harus bangkit dengan penuh semangat demi menegakan kalangsungan ilmu yang bersaskan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah itu. 


 

1. Falsafah Pengajaran dan Pembelajran

Setiap Murabbi mendambarkan anak-anak pelajar menjadi pandai dan berhikmah. oleh itu, Guru merupakan contoh tauladan yang baik kepada pelajar. Tauladan yang baik bermaksud setiap tingkah laku dan perbuatan haruslah dijaga dan dikawal sehingga menjadi akhlak. ketikamana Siti Aisah telah ditanya oleh Seorang Sahabat tentang akhlak Rasulullah SAW.  Siti Aisah menjawab dia adalah al-Quran. maka sebagai murabbi ia haruslah meletakan diri sebaik mungkin dan akhlaknya semulia mungkin kerana dengan kebaikan yang dijaga itu dapat dimenyampaikan ilmu dengan penuh barakah.