Announcements

Sekilas lalu berkenaan saya

Sekilas lalu berkenaan saya

by Norkhairani Abdul Rawi -
Number of replies: 0

Saya memulakan kerjaya saya sebagai pendidik tanggal 23 Mei 1998 dibawah Skim Pensyarah Muda dengan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin. Pada masa tersebut, pihak Kusza Information Technology Center (KiTC) sedang dalam rangka menawarkan program diploma baru iaitu Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia) (DTMM) dan saya merupakan jawatankuasa kerja bagi tugas tersebut. Saya juga diamanahkan mengajar saubjek System Analysis and Design (SAD) untuk diploma. DTMM akhirnya berjaya ditawarkan bermula 1999. Disamping itu, KUSZA juga turut berkolaborasi dengan University of East London (UeL) bagi menawarkan program Bachelor of Information System (BIS) dan saya juga turut diamanahkan untuk mengajar pelajar ambilan program UeL, juga untuk mengajar subjek SAD. Tahun 2000 saya menyambung pengajian diperingkat Sarjana di UKM dan pulang semuala bertugas pada awal 2003. Pada 2004, saya dilantik menjadi Ketua Program DTMM sebelum dipinjamkan ke PTM sebagai Ketua Unit Inovasi dan Multimedia selama 5 tahun. Saya kemudiannya cuti belajar selama 4 tahun dan kembali semula bertugas pada 2013. Pada Januari 2014, saya terpilih mengikuti program kerjasama MDEC dan Infosys Campus di Mysore, Bangalore India untuk kursus pemantapan SAD yang ditanggung sepenuhnya oleh MDEC. Pada 2015 pula, pasukan saya telah terpilih menyertai British Invention Show di London United Kingdom untuk inovasi kumpulan saya bertajuk “FIQIR Road Safety” dan berjaya memenangi pingat perak. Pada akhir tahun 2016, saya mula dilantik sebagai penyelaras kokurikulum kampus besut dibawah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP). Manakala bermula Julai 2017, saya telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Akademik (TPA) di PPHP bagi menggantikan mantan TPA yang telah tamat lantikan. Pada 2018, Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah memberi Anugerah Pengajaran Fakulti. Pada September 2018, saya telah dipilih untuk menyertai Workshop on Big Data anjuran dan tajaan penuh ISTIC dibawah UNESCO di Xiatong University, Xi’an, China. Pada 2019, saya telah dipilih bagi memenangi Anugerah Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI) UniSZA kategori Anugerah Pembelajaran Imersif Teradun sempena Unicel 2019. Sepanjang berkhidmat saya telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2003, 2005 dan 2008. Bermula 2013 sehingga 2018 UniSZA menganugerahkan SPC – sijil perkhidmatan cemerlang atas pencapaian markah prestasi melebihi 90%. Geran terkumpul sehingga kini berjumlah RM1.272 juta dimana 2 daripadanya saya merupakan ketua, manakala selebihnya adalah ahli. Dari segi inovasi, saya merupakan seorang yang aktif dalam pertandingan inovasi peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan telah memenangi hampir 40 pingat emas, perak dan gangsa bersama kumpulan saya. Ianya juga membolehkan saya mendapat 8 intellectual property (IP) untuk sebahagian inovasi bersama kumpulan saya. Sehingga kini saya telah menerbitkan 24 kertas jurnal yang diindeks oleh Scopus dan ERA, 9 kertas prosiding serta 2 bab dalam buku yang diterbitkan oleh Penerbit UniSZA. Diperingkat kebangsaan saya merupakan editor Buku Panduan Siskor Kebangsaan dan Buku Kokurikulum Kebangsaan yang telahpun diberikan nombor ISBN dan bakal diterbitkan sekitar Mac 2020. Saya juga dilantik sebagai Jawatankuasa Kerja pelbagai program samada peringkat pusat, fakulti mahupun universiti. Saya juga sentiasa berkongsi pengetahuan bersama rakan sejawat sebagai fasilitator kursus e-learning, CQI serta OBE. Malah saya juga menyumbang dalam melaksanakan audit dalaman sebagai ketua editor dalam audit SPK universiti. Malah UMK turut menjemput saya sebagai penceramah untuk bengkel pemantapan silibus kokurikulum mereka. Diperingkat kebangsaan, Majlis Kokurikulum IPTA Malaysia (UNICC) memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi sebahagian peneraju penerbitan buku mereka. Selain itu, saya turut dilantik sebagai pegawai kehormat dengan pangkat Timbalan Penguasa Penjara bagi memberikan khidmat nasihat serta bimbingan kepasa Siswa Siswi Joreksional UniSZA. Pihak Sekolah Kebangsaan Gong Badak juga turut melantik saya sebagai Jawatankuasa Pembangunan Bahan Pembelajaran Sains dan Matematik untuk program DLP.