My Biodata

Dr.Razi Yaakob telah menamatkan pelajaran di Peringkat menengah di beberapa buah sekolah; tingkatan 2 belajar di Sekolah Maktab Pengajian Islam, Jalan Bayam Kelantan, tingkatan 3 (SRP) di Sekolah Yayasan Islam Terengganu Kampung Raja, Sekolah Menengah Agama Mardiah Tarbiah Panchor (SMU) Kemumin Kota Bharu Kelantan dan Sekolah Agama Maarif (SPM), Kampung Raja Besut, Terengganu. Tamat diperingkat SPM terus melanjutkan pelajaran di Peringkat Degree di  Institute Maudoodi (pengiktirafan di bawah Punjab Unoversiti) Pakistan. Dua tahun Pra Universiti, dan meneruskan di Universiti yang sama hingga tamat degree selama 4 tahun dalam bidang Islamic Studies pada tahun 1997. Setelah balik ke Malaysia menetap di Terengganu dan berkerja sebagai Site Supervisor Perumahan Projek Rumah Imam Bilal Masjid Tengku Tengah Zaharah ( Masjid Terapung) selama 3 tahun. kemudian telah mendapat pekerjaan baharu di Plant Petrolium (Esso) selamat 2 tahun sebagai site Supervisor Oil and Gas, pindah ke Plant Petronas selama 9 tahun. Disini saya sempat menyandang jawatan Exe. Operation di darat dan di Flatform Offshore. Pada masa yang sama saya menyambung pelajran di peringkat yang lebih tinggi iaitu di peringkat Sarjana (master) di Universiti Malaya tamat pada 2010. Setelah 11 tahun bekerja saya berhenti dari Petronas dan sambung pelajaran di Yayasan Restu Shah Alam selama 1 tahun yang telah dibiayai oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Setelah tamat saya diberi peluang bekerja di Institut Al-Quran sebagai ketua QC. unit motif al-Quran selama 2 setengah. 

Pada tahun 2009 saya mohon untuk menjadi pensyarah di Universiti Malaysia Terengganu. Disini saya diberitugas sebagai pensyarah dan Ketua Pusat Islam selamat 3 tahun setelah tamat saya mohon di Unisza pada tahun Mie 2013 hingga sekarang. 

semasa memegang jawatan sebagai pensyarah saya telah banyak menyertai seminar, mengiringi pelajar dalam dan luar negara serta kerja-kerja sosial. Pengajaran juga banyak diberi peluang untuk mendapat input-input baharu seperti pernah dihantar ke kursus di  AKEPT untuk menambah ilmu tentang PnP. disamping itu jug saya diberi peluang mengikuti program Sukan Asian Universiti Games di Negara Laos selama 3 minggu, saya diberi tugas menjaga bahagian makanan halal. disamping itu juga peluang mengiringi peajar ke negara Cina, Kambodia, Thailand dan lain-lain negara. Selain dari itu, saya juga diberi peluang penyertai ikut serta MoU Unisza dan Universiit Bosnia pada tahun 2017. banyak program bersifat holistik hingga menjadi saya sebagai seorang pensyarah kini di UniSZA.

(No announcements have been posted yet.)