Dr. Wan Izyani Adilah Wan Mohamad

Dr. Wan Izyani Adilah binti Wan Mohamad, Pensyarah Kanan (DS52) di Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Saya berada di bawah Jabatan Perakaunan, dengan minat dan kepakaran dalam bidang Accounting, Corporate Governance, Auditing dan Business Ethics.
Saya memiliki latar belakang akademik dalam bidang Perakaunan, bermula dengan Ijazah Sarjana Muda (Degree) dan Ijazah Sarjana (Master) yang kedua-duanya saya peroleh dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kemudian, saya melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang yang sama di Durham University, United Kingdom — salah satu universiti terkemuka di dunia, khususnya dalam Islamic Accounting and Finance.
Sebelum menyertai dunia akademik secara sepenuh masa, saya terlebih dahulu mengumpul pengalaman dalam industri sebagai Audit Assistant di sebuah firma audit swasta. Pengalaman ini banyak membantu saya memahami realiti industri serta memantapkan pendekatan pengajaran saya dalam bilik kuliah yang lebih berteraskan aplikasi industri sebenar — lebih praktikal, relevan dan berpaksikan pengalaman sebenar.
Saya mula berkhidmat di UniSZA sejak tahun 2010 dan terus komited dalam bidang pengajaran, penyelidikan dan pembangunan pelajar hingga ke hari ini. Saya juga pernah berkhidmat sebagai Research Fellow di Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (INSPiRE), UniSZA dan kini meneruskan peranan saya sebagai Research Fellow di Centre of Excellence UniSZA Halal Research Centre.
Selain tugas sebagai pensyarah, saya juga diberi amanah untuk memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah di Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT), UniSZA, khususnya dalam memacu inisiatif berkaitan pembangunan keusahawanan dan inovasi pelajar.
Sebarang urusan rasmi atau berkaitan akademik, boleh hubungi saya melalui emel universiti di izyaniadilah@unisza.edu.my.