Announcements




Prof. Madya Dr. Nadhirah Nordin merupakan pensyarah di Pusat Pengajian Syariah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI). Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Fiqh dan Usul) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2003, Sarjana Pengajian Islam (Syariah) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2006 dan Ijazah Doktor Falsafah (Syariah dan Ekonomi) di Universiti Malaya pada tahun 2013. Pada tahun 2016, beliau mengikuti program postdoctoral di Durham University, United Kingdom selama satu tahun. Bidang kepakaran beliau ialah Ekonomi dan Kewangan Islam.  Selain ditugaskan untuk mengajar dan menyelia, beliau pernah dilantik sebagai Penyelaras Program Sarjana, Pusat Pengajian Siswazah UniSZA dan Penyelaras Jaminan Kualiti dan E-Pembelajaran FKI dan kini telah dilantik sebagai Timbalan Dekan Akademik dan Siswazah FKI. Selain buku, beliau turut aktif menghasilkan artikel-artikel dalam jurnal dan bab dalam buku.  Beliau ditugaskan untuk mengajar kursus-kursus seperti Sistem Kewangan Islam di Malaysia, Fiqh Muamalat, Pengantar Ekonomi, Pengurusan Harta, Pentadbiran Kewangan dan lain-lan lagi. Beliau turut menjadi ketua penyelidik dan ahli penyelidik bagi geran-geran Kementerian Pendidikan Malaysia dan geran Universiti.  Di samping itu, beliu telah menyertai pertandingan inovasi dan telah memenangi pingat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


(No announcements have been posted yet.)