PENYERTAAN INOVASI DAN ANUGERAH

FG-QIROAHKITABAH

Projek ini bertujuan mencapai objektif berikut:

  1.  Memupuk minat pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab secara interaktif.
  2. Meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran Bahasa Arab melalui laman sosial.
  3. Meraih fokus dan penglibatkan pelajar dalam P&P bahasa Arab semaksimum mungkin.
  4. Membina kemahiran pembelajaran kendiri selesai sesi pengajaran di dalam dewan kuliah.
  5. Memandu pelajar untuk menggunakan rangkaian laman sosial secara berhemah dan bijaksana dengan menjadikan ia sebagai satu sumber maklumat yang bermanfaat.

Projek ini memberi nilai tambah kepada strategi pembelajaran bahasa secara imersif apabila menggunakan rangkaian laman sosial Facebook sebagai medium pengajaran. Ini menunjukkan bahawa laman sosial seperti Facebook bukan sekadar medium komunikasi dua hala yang menghubungkan manusia, atau mempromosikan produk, bakat dan kebolehan, bahkan berpotensi menjadi medium pembelajaran dan pengajaran interaktif berkesan. Projek ini turut memberi peluang kepada pelajar untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan penutur asli bahasa Arab yang merupakan tenaga pengajar bahasa Arab dari negara Jordan melalui aplikasi perbualan.


AL-ARABIYYAH@ZAPPAR

Pendidikan masa kini semakin canggih dengan wujudnya inovasi dan teknologi yang mewarnai kehidupan generasi sekarang. Augmented Reality (AR) adalah satu aplikasi yang menawarkan peyambungan dunia fizikal dengan peranti digital yang boleh menambah teks, grafik, video dan audio di dalam persembahannya. Dalam dunia pendidikan, ia boleh berfungsi menambah realiti terhadap kurikulum pembelajaran yang diikuti pelajar. Kajian ini bertujuan membangunkan e-modul bagi subjek bahasa Arab melalui aplikasi berasaskan AR untuk penutur bukan asli bahasa Arab di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerusi aplikasi Zappar. Subjek bahasa Arab untuk pelajar yang tiada asas dalam bahasa Arab dipilih sebagai bahan pengajaran menggunakan aplikasi ini dan dinamakan sebagai AL-ARABIYAH@ZAPPAR. Seramai 47 orang pelajar telah terlibat dalam penggunaan aplikasi ini di dalam kelas. Hasilnya menunjukkan kepuasan dalam kalangan pelajar apabila pengajar menggunakan aplikasi ini di dalam kelas. Rumusannya, aplikasi pendidikan seperti ini memudahkan perkongsian bahan bersama para pelajar ketika sesi pembelajaran dan pengajaran berlangsung mahu pun setelah sesi pengajian selesai.


APLIKASI BLOGPSOT

Blog merupakan sebuah platform digital untuk perkongsian idea, pengetahuan dan maklumat melalui penulisan di alam maya. Dalam dunia pendidikan, blog berpotensi menggilap bakat menulis dan meningkatkan kemahiran bahasa serta menambah kosa kata. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti manfaat blog untuk pemantapan penulisan bahasa Arab dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi di Malaysia. Seramai 100 orang responden dalam kalangan pelajar tahun satu program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab, Universiti Sultan Zainal Abidin terlibat dalam kajian ini. Kajian ini merupakan sebuah kajian kuantitatif yang menggunakan teknik soal selidik bagi mengumpulkan data dan maklumat tentang manfaat blog terhadap kemahiran menulis bahasa Arab. Dapatan kajian menunjukkan respon yang positif terhadap penggunaan blog untuk pemantapan kemahiran menulis dalam bahasa Arab. Kesimpulannya, penggunaan aplikasi digital seperti blog perlu dimanfaatkan sepenuhnya di setiap peringkat institusi pendidikan kerana ia mudah diguna dan dikendali serta mampu menyokong pembelajaran kendiri pelajar.


ANUGERAH YANG PERNAH DITERIMA DALAM PERTANDINGAN INOVASI PENGAJARAN SEBAGAI KETUA DAN AHLI:

  1. Pingat perak UniCEL UniSZA 2018. (Aplikasi google doc dan google classroom)
  2. Pingat emas UniCEL UniSZA 2018. (M-Arabie)
  3. Pingat perak UniCEL UniSZA 2018. (Aplikasi FB Group dalam PdP Literasi Bahasa Arab)
  4. Pingat emas IUCEL Competition UIAM 2018. (M-Arabie)
  5. Pingat perak PicTL 2018 (Putra Innocreative Carnival in Teaching & Learning, UPM) (FG: QiroahKitabah)
  6. Pingat Gangsa AiiTel 2020 (Arabic International E-Innovation Teaching & Learning, UPSI) (AL-ARABIYYAH@ZAPPAR).
  7. Pingat Perak UniCEL 2020 (Al-Arabiyyah@Zappar).
  8. Pingat Perak UniCEL 2020 (Google Classroom)

APLIKASI CANVA

Penulian majalah digital menggunakan canva.

Last modified: Monday, 22 January 2024, 10:41 AM