Klik di sini: KESARJANAAN DALAM PENGAJARAN / PENYELIAAN DAN PENILAIAN
"Sepanjang perjalanan dalam bidang akademik dan bahasa, sangat bersyukur atas pelbagai peluang dan pengiktirafan yang diterima, antaranya Anugerah AAU 2024 bagi kategori Penerbitan Buku dan Anugerah GOT. Di samping itu, saya juga berpeluang dijemput sebagai penceramah ucap utama di Universitas Negeri Malang dan mengendalikan beberapa bengkel seperti bengkel teknik penulisan Bahasa Arab dan kemahiran lisan serta debat. Di peringkat tempatan dan antarabangsa, saya aktif sebagai pemeriksa tesis, jurulatih debat, penasihat program bahasa Arab seperti Mukhayyam Lughawi, serta dilantik sebagai hakim dan juri dalam pelbagai pertandingan inovasi dalam pengajaran seperti MIHRAB, Festival Ihtifal Ilmi, LangComm, NSiex dan INNVEC. Selain itu, saya turut berkongsi ilmu melalui ceramah dan kursus, termasuk dalam bidang metodologi penyelidikan versi Arab dan program pembangunan bahasa. Setiap pengalaman ini bukan sahaja memperkaya kerjaya saya, tetapi juga menjadi ruang untuk terus menyumbang kepada dunia pendidikan dan memperkasakan Bahasa Arab melalui pelbagai platform..."