Klik di sini: FALSAFAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Bahasa Arab di Malaysia mula dikenali sejak datangnya
Islam di semenanjung Tanah Melayu. Bahasa Arab dipelajari demi memahami agama
Islam menerusi sumber wahyu al-Quran dan al-Hadith. Pembelajaran dan
pengajaran bahasa ini masih berjalan sehingga hari ini kerana minat
mendalam masyarakat tempatan menekuni agama Islam dan memperbaiki amalan ibadah
serta keinginan berkomunikasi dengan masyarakat Arab. Bahasa ini berbeza
dengan bahasa lain di dunia kerana ia dipilih sebagai bahasa wahyu dari ilahi
dan mempelajarinya adalah satu ibadah dan menjadi fardu kifayah. Barangsiapa
yang menekuni bahasa Arab dan membacanya dengan baik ketika membaca
al-Quran maka ganjaran dan pahala buatnya di sisi Allah. Ia
bukan sekadar bahasa tetapi satu terapi jiwa bagi yang menekuni bahasa ini dari
pelbagai aspek fonologi, sintaksis, morfologi, leksikografi dan
balaghah. Satu pendekatan yang mengintegrasikan
pembelajaran bahasa Arab dengan kandungan al-Quran turut diperlukan. Penggunaan ayat al-Quran sebagai bahan bantu
dalam pengajaran bahasa Arab telah lama diiktiraf sebagai pendekatan yang
autentik dan berkesan, khususnya dalam bidang nahu dan balaghah. Sehubungan itu, pendekatan pedagogi yang memusatkan al-Quran sebagai medium utama berupaya meningkatkan kefahaman dan keupayaan pelajar untuk mengaplikasikan bahasa Arab secara lebih berkesan dalam konteks agama dan kehidupan.