Klik di sini: FALSAFAH PENGAJARAN BAHASA ARAB


Dalam dunia pendidikan, pengajaran adalah satu bentuk pemudahcara yang bertujuan memberi maklumat dan pengalaman baru kepada pelajar. Melalui pengajaran sesuatu ilmu pengetahuan dan kemahiran dapat disampaikan kepada pelajar secara langsung dan formal. Sistem pendidikan samada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa mempunyai sistem pengiktirafan khas bertujuan memastikan kualiti perkhidmatan pengajaran terjamin dan memenuhi kehendak masyarakat serta boleh ditambahbaik menurut keperluan semasa. Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia adalah satu bentuk usaha memartabatkan Bahasa Al-Quran sebagai Bahasa agama Islam. Pengajaran bahasa haruslah menumpukan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar dan pensyarah sebagai pemudahcara dan pembimbingPengajaran bahasa memerlukan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas. Guru haruslah berjiwa besar menerima pandangan dan cadangan dari pelajar. Guru harus sentiasa bersedia menukar medium pengajaran yang sesuai mengikut perkembangan pelajar dan keperluan mereka dan tidak memaksa pelajar mengikut gaya mereka bahkan mengalakkan strategi pembelajaran yang pelbagai. Dalam usaha menuntut ilmu, pelajar dan guru harus saling menghormati. Pembelajaran berbantukan teknologi pada masa kini, tidak harus meminggirkan rasa hormat pelajar kepada guru, bahkan menambah rasa ihsan pada mereka yang berusaha menjadikan seorang manusia kepada seorang insan. Falsafah ini selari dengan hasrat UniSZA yang telah memperkenalkan sebuah model dikenali sebagai FlexS. Model ini didefinisikan sebagai satu gagasan yang membantu warganya berhadapan dengan cabaran dalam mengurus corakan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan Pembelajaran Abad ke 21 (PAK21). FlexS turut digarap bagi menyokong usaha melahirkan graduan holistik yang cemerlang akademik dan berjiwa luhur.


(Sumber: https://comae-i.unisza.edu.my/flexs/index.php?option=com_sppagebuilder&view=page&id=61&Itemid=1096&lang=ms)


Falsafah pengajaran dan pembelajaran yang terbina haruslah berinspirasikan Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEPs). HIEPs merujuk kepada strategi,teknik dan reka bentuk pengajaran dan pembelajaran berkesan bagi pelajar pelbagai latar belakang. Pembelajaran melalui kaedah ini terbukti amat bermanfaat kerana ia dapat meningkatkan keterlibatan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kursus. 



(Sumber: https://drive.google.com/file/d/1VGs1z-UBi0_iaK2mfidxob48QE6fGrBd/view)

Selain itu, falsafah pengajaran dan pembelajaran juga perlu selari dengan aspirasi Transformasi Program Akademik Universiti Awam yang telah membangunkan Kerangka Kurikulum Tersedia Masa Hadapan (FRC). Kerangka ini bersifat boleh lentur dan organik (fluid and organic) bagi melahirkan graduan yang adaptif terhadap keperluan masa hadapan seiring dengan cabaran abad ke-21.


(Sumber: https://www.ukm.my/pengajaran/?page_id=2671)

Click FALSAFAH PDP 2.pdf link to view the file.