MODUL QUL – Cakap Arab Gaya Al-Quran

Sebuah modul dibangunkan berjudul Cakap Arab Gaya al-Quran: Modul Asas Mudah Bertutur. Ia menekankan penggunaan petikan ayat al-Quran berkaitan nilai-nilai murni dalam Islam dihasilkan sebagai usaha murni untuk membantu pelajar dan pencinta bahasa Arab menguasai kemahiran bertutur harian dengan pendekatan yang lebih mudah, praktikal dan bermakna. Berbeza dengan pendekatan tradisional yang banyak tertumpu kepada hafalan struktur tatabahasa atau kosa kata yang terasing daripada kehidupan sebenar, modul ini mengangkat gaya bahasa al-Quran sebagai rujukan utama dalam membentuk ayat, intonasi dan struktur pertuturan asas. Al-Quran bukan hanya wahyu ilahi, tetapi juga contoh agung penggunaan bahasa Arab yang indah, padat, dan penuh hikmah. Justeru, dengan membina kemahiran bertutur berdasarkan frasa dan gaya linguistik al-Quran, pelajar bukan sahaja belajar bercakap Arab, tetapi juga menyerap nilai, adab, dan kefasihan yang dibawa oleh wahyu. Modul ini disusun mengikut tema berdasarkan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam al-Quran dan dekat dengan kehidupan manusia. Setiap unit mengandungi contoh petikan ayat al-Quran, kosa kata pilihan, penggunaan dalam struktur ayat, aktiviti bertutur, dan aktiviti tambahan sebagai rujukan gaya bahasa. Ia sangat sesuai digunakan oleh pelajar sekolah, guru, pendidik, atau sesiapa sahaja yang ingin bertutur dalam bahasa Arab dengan cara yang mudah berpandukan sumber tertinggi iaitu al-Quran al-Karim.



Click Cakap Arab Gaya Al-Quran.pdf link to view the file.