Penilaian dan Testimoni daripada Pakar Bidang

Maklum balas dan testimoni daripada pakar bidang, pihak industri serta pelajar merupakan indikator penting dalam menilai keberkesanan amalan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan. Testimoni ini bukan sahaja mencerminkan kualiti penyampaian ilmu, malah menunjukkan impak sebenar terhadap pembangunan akademik, sahsiah, dan kemahiran pelajar.

Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Testimoni daripada pakar bidang lazimnya menekankan kekuatan dari aspek keilmuan, pendekatan pedagogi, serta sumbangan dalam inovasi PdP. Pakar bidang mengiktiraf keupayaan saya mengintegrasikan ilmu aqli dan naqli secara seimbang, di samping memanfaatkan pendekatan pengajaran terkini yang berasaskan teknologi dan keperluan semasa. Selain itu, mereka turut menilai keupayaan saya dalam membimbing pelajar secara sistematik, khususnya dalam aspek penyelidikan, penulisan akademik, serta penerbitan ilmiah. Pendekatan penyeliaan yang bersifat holistik dan berfokus kepada pembangunan potensi pelajar sering dilihat sebagai kekuatan utama yang menyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar.
Antara testimonial yang diperoleh daripada pakar bidang Bahasa dan Kesusasteraan Arab:

Prof. Dr. Rahmah Ahmad H. Osman, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Prof. Dr. Muhammad Sabri Bin Sahrir, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Prof. Dr. Azman Bin Che Mat, Universiti Teknologi MARA

Prof. Madya Dr. Nurazan Binti Mohmad Rouyan, Universiti Sultan Zainal Abidin

Prof. Madya Dr. Nurkhamimi Bin Zainuddin, Universiti Sains Islam Malaysia

Prof. Madya Dr. Muhammad Zaidi Bin Zakaria, Universiti Teknologi MARA

Prof. Madya Dr. Roslan Bin Ali, Universiti Malaysia Sarawak

Prof. Madya Dr. Norasyikin Binti Osman, Universiti Sultan Zainal Abidin

Prof. Madya Dr. Mohammad Najib Bin Jaafar, Universiti Sains Islam Malaysia

Dr. Ahmad Zaki Bin Amiruddin, Universiti Malaysia Kelantan

Dr. Firuz Akhtar Lubis Binti Bohari, Universiti Kebangsaan Malaysia

Dr. Mohammad Taufiq Bin Abdul Ghani, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Dr. Mohd Adi Amzar Bin Muhammad Nawawi, Universiti Sains Islam Malaysia

Dr. Mohd Fauzi Bin Abdul Hamid, Universiti Sultan Zainal Abidin

Dr. Mohd. Taqwudin Bin Mohd. Yazid, Universiti Malaysia Sabah

Dr. Nursafira Binti Ahmad Safian, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Dr. Wan Ab Aziz Bin Wan Daud, Universiti Malaysia Kelantan