ASLINDA BINTI JAMIL
SHORT CV:
Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Farmasi dengan Kepujian dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan telah melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Farmasi Klinikal di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Saya memulakan kerjaya dalam bidang farmasi komuniti dan telah berkhidmat di beberapa buah farmasi sebelum menceburkan diri dalam dunia perniagaan dengan mengendalikan perniagaan farmasi sendiri.
Minat saya dalam bidang pendidikan mendorong saya untuk menyertai dunia akademik. Pada bulan Februari 2007, saya mula berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Universiti Teknologi & Pengurusan Malaysia (KUTPM), Shah Alam, yang kini dikenali sebagai Management and Science University (MSU). Pada 24 September 2007, saya menyertai Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), kini dikenali sebagai University of Cyberjaya (UoC), dan berkhidmat di sana selama 13 tahun iaitu sehingga 31 Disember 2020.
Pada 3 Januari 2021, saya memulakan perkhidmatan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sebagai pensyarah di Fakulti Farmasi. Sepanjang perjalanan kerjaya ini, saya amat komited dalam memartabatkan pendidikan farmasi serta aktif dalam penyelidikan dan pembangunan pelajar