Inovasi pengajaran dan pembelajaran
GANTT CHART PdP ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN (MPU 32092)
Sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran bersama-sama pelajar, saya berusaha untuk memastikan pelajar-pelajar mendapat gambaran awal tentang subjek Asas pembudayaan Keusahawanan (MPU 32092) secara menyuluruh. Maka bermula semester II 2019/2020 saya mendapat idea untuk menghasilkan Gantt Chart supaya pelajar-pelajar dapat menguruskan pembelajaran mereka dengan lebih sistematik dan teratur.
TEMPLETE DBC & TEMPLETE LRP UNTUK ASSIGNMENT PELAJAR
Dalam usaha memastikan pelajar-pelajar dapat menyiapkan assignment bagi subjek Asas Pembudayaan Keusahawanan dengan teratur dan mengikut kriteria yang diinginkan, saya telah mendapat idea untuk menghasilkan templete assignment. Idea ini tercetus ketika proses pemarkahan bagi setiap assignment berkumpulan dilaksanakan. Dengan bantuan rakan2 pensyarah, Dr. Hilmi dan Dr. Farah, kami berjaya menghasilkan templete assignment bagi memudahkan pelajar-pelajar menyiapkan tugasan mereka secara berkumpulan.