Inovasi pengajaran dan pembelajaran
Pernyataan kreativiti dan inovasi yang sejajar dan menyokong:
- falsafah pengajaran / penyeliaan dan penilaian
- kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian
Terangkan kreativiti dalam inovasi yang dilaksanakan
Ciri
- Asli
- Signifikan
- Relevan
Kaedah pengajaran dan pembelajaran atau penilaian yang merangsang dan memupuk kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT )
Kesejajaran antara kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian dengan hasil pembelajaran.
Impak kreativiti dan inovasi yang digunakan terhadap kualiti pengajaran kepada:
- Peningkatan pencapaian pelajar
- Kualiti hasil kerja pelajar
Sertakan bukti bagi menyokong bahagian yang berkenaan.
Inovasi pengajaran dan pembelajaran
Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada pendekatan baharu dan kreatif yang diterapkan untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran, penglibatan pelajar, serta pencapaian hasil pembelajaran. Antara contoh inovasi termasuk penggunaan teknologi digital seperti platform interaktif (Kahoot, KeLIP, Quizziz), kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBL), simulasi seperti OSCE, pembelajaran teradun (blended learning), serta aplikasi mudah alih untuk latihan kendiri. Inovasi juga merangkumi aktiviti luar kelas seperti lawatan industri, projek komuniti, serta pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) yang memberi pendedahan kepada dunia sebenar kerjaya farmasi.
Pernyataan kreativiti dan inovasi ini sejajar dengan falsafah pengajaran dan pembelajaran yang menekankan “Pengalaman Nyata, Pendidikan Berkualiti”. Falsafah ini mendorong pelaksanaan strategi pengajaran yang menggabungkan teori dengan amalan sebenar, serta penilaian yang autentik dan holistik. Kaedah penyeliaan dan penilaian juga diperkaya melalui pendekatan formatif dan sumatif yang mencerminkan situasi sebenar di lapangan. Keseluruhannya, inovasi yang dilaksanakan menyokong pembentukan pelajar yang kompeten, reflektif dan bersedia menghadapi cabaran profesion farmasi secara beretika dan profesional.
AKTIVITI KAHOOT
TELEOSCE
TeleOSCE (Tele Objective Structured Clinical Examination) ialah satu bentuk penilaian klinikal yang dijalankan secara maya, di mana pelajar, penilai, dan pesakit simulasi berinteraksi melalui platform video seperti Zoom atau Microsoft Teams. Ia menilai kemahiran komunikasi, pengambilan sejarah pesakit, kaunseling, dan interpretasi maklumat klinikal tanpa melibatkan pemeriksaan fizikal secara langsung. Semasa di Universiti of Cyberjaya (UoC), saya pernah terlibat dalam pelaksanaan TeleOSCE termasuk penyediaan senario, latihan pesakit simulasi, dan pengurusan teknikal. Berdasarkan pengalaman tersebut, saya bercadang untuk melaksanakan TeleOSCE di UniSZA sebagai alternatif penilaian semasa bencana seperti banjir, menyokong pembelajaran jarak jauh, serta memperkasakan kemahiran konsultasi digital pelajar sejajar dengan perkembangan teknologi dalam penjagaan kesihatan.