Penambahbaikan PdP dan Pembangunan Professional
-
Penambahbaikan kaedah pengajaran / penyeliaan dan penilaian melalui amalan reflektif yang merangkumi:
- Dokumentasi refleksi
- Analisis / sintesis untuk penambahbaikan
- Tindakan dan perkongsian
-
Pembangunan profesional dalam pengajaran / penyeliaan dan penilaian.
Penambahbaikan Kaedah Pengajaran / Penyeliaan dan Penilaian
Pengenalan
Sebagai usaha untuk menambah baik kaedah pengajaran dan penyeliaan, Fakulti Farmasi terutamanya Jabatan Klinikal dan Amalan Farmasi telah mengintegrasikan Problem-Based Learning (PBL) dalam sesi pembelajaran. Untuk memastikan pelaksanaan yang berkesan, seorang pakar luar yang berpengalaman dalam pendekatan PBL telah dijemput bagi memberikan bengkel kepada pensyarah yang terlibat. Pendekatan ini dilihat bukan sahaja meningkatkan keberkesanan pengajaran, malah turut memperkasakan kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar.
BENGKEL PBL
Refleksi Pensyarah terhadap Pelaksanaan PBL
Pelaksanaan sesi Problem-Based Learning (PBL) telah memberi peluang kepada saya untuk menilai kembali pendekatan pengajaran tradisional yang selama ini digunakan. PBL ternyata memerlukan peralihan peranan saya daripada sebagai penyampai ilmu kepada fasilitator pembelajaran. Perubahan ini memberi cabaran, khususnya dalam membimbing pelajar untuk meneroka penyelesaian secara kendiri dan kolaboratif
Daripada pemerhatian semasa sesi PBL, saya dapati pelajar pada awalnya kurang yakin untuk berbincang dan menyuarakan pendapat. Namun, selepas beberapa sesi, berlaku peningkatan ketara dari segi keberanian mereka untuk bertanya soalan, berhujah secara kritikal dan mengaitkan pengetahuan dengan situasi sebenar. Ini menunjukkan bahawa pendekatan PBL berupaya membina kemahiran komunikasi, kepimpinan kumpulan dan pemikiran analitik dalam kalangan pelajar.
Melalui refleksi ini, saya menyedari keperluan untuk memperkukuh kemahiran saya dalam menyusun soalan pencetus (trigger questions) dan menyelia dinamika kumpulan secara lebih strategik. Saya juga melihat keperluan untuk menyediakan pelajar dengan garis panduan yang lebih jelas sebelum memulakan sesi agar mereka lebih bersedia dan yakin.
Sebagai tindakan susulan, saya telah berkongsi dapatan dan pengalaman ini dalam sesi teaching circle bersama rakan pensyarah. Saya juga bercadang untuk mengikuti bengkel lanjutan mengenai fasilitasi PBL sebagai usaha pembangunan profesional berterusan. Diharapkan dengan penambahbaikan ini, pelaksanaan PBL pada semester akan datang akan lebih tersusun dan memberi impak lebih besar kepada pembelajaran pelajar.
Analisis / Sintesis untuk Penambahbaikan
Maklum balas berkaitan pelaksanaan Problem-Based Learning (PBL) telah dikumpulkan daripada kalangan pelajar dan fasilitator. Tujuan maklum balas ini adalah untuk menilai keberkesanan pelaksanaan, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan, serta merancang penambahbaikan berterusan terhadap kaedah pengajaran ini.
Sebanyak 87 maklum balas telah diterima daripada peserta aktiviti PBL yang merangkumi 81 pelajar dan 6 fasilitator. Analisis data menunjukkan beberapa penemuan penting:
Komposisi Responden
Majoriti responden terdiri daripada pelajar tahun 4, diikuti oleh pelajar tahun 1 dan tahun 3. Dari segi jantina, 67.8% adalah wanita dan 32.2% adalah lelaki.
Tahap Kefahaman Terhadap Kes PBL
Sebilangan besar responden (lebih 60 orang) menilai tahap kefahaman mereka pada tahap maksimum (5 daripada 5). Ini mencerminkan keberkesanan pelaksanaan kes PBL dari segi struktur dan bimbingan. Namun, terdapat beberapa responden yang memberi skor lebih rendah, menunjukkan keperluan untuk lebih banyak sokongan atau pemantapan penerangan kes bagi sesetengah kumpulan.
Tahap Kepuasan Keseluruhan
Lebih 60 pelajar menyatakan tahap kepuasan yang tinggi (skor 5), namun sebahagian kecil mencatat skor lebih rendah (3–4), yang menunjukkan terdapat ruang untuk penambahbaikan dari segi pengalaman pembelajaran secara keseluruhan.
Saranan Penambahbaikan
Berdasarkan borang maklum balas, responden diberi peluang untuk mengemukakan cadangan secara terbuka. Beberapa cadangan yang dikemukakan termasuk:
1. Menyediakan masa lebih panjang untuk sesi perbincangan.
2. Meningkatkan penyelarasan antara kumpulan dan fasilitator.
3. Menyediakan nota ringkas atau panduan berkaitan kes sebelum sesi bermula.
Kesimpulan dan Tindakan Susulan
Maklum balas ini menunjukkan bahawa pendekatan PBL mendapat sambutan positif, terutamanya dalam meningkatkan kefahaman dan penglibatan pelajar. Walau bagaimanapun, beberapa tindakan penambahbaikan telah dikenalpasti:
1. Menyusun garis panduan PBL secara bertulis untuk pelajar dan fasilitator.
2. Menyediakan latihan tambahan kepada fasilitator bagi meningkatkan keberkesanan fasilitasi kumpulan.
3. Mengoptimumkan masa untuk sesi PBL agar pelajar dapat terlibat lebih aktif dan mendalam.
Penemuan ini akan menjadi asas kepada pelaksanaan PBL yang lebih berimpak pada masa akan datang dan akan terus dimantapkan melalui sesi refleksi berkala dan kolaborasi dalam kalangan pensyarahTindakan dan Perkongsian
Beberapa tindakan susulan telah dilaksanakan, antaranya fakutli farmasi telah melantik jawatankuasa PBL dikalangan pensyarah yang akan berbincang untuk penambahbaikan PBL secara berterusan serta penyediaan guidelines PBL untuk rujukan bersama.
Pembangunan Profesional dalam Pengajaran / Penyeliaan dan Penilaian
Melalui bengkel PBL dan sesi reflektif yang dijalankan, pensyarah telah menunjukkan peningkatan dari segi pengetahuan pedagogi dan keyakinan dalam menyelia sesi PBL. Proses ini turut menyumbang kepada pembangunan profesional berterusan dalam aspek pengajaran dan penilaian berasaskan hasil pembelajaran.AKTIVITI PBL