BismiLlah, al-hamdu liLlah, Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad.
MOHD HASRUL SHUHARI, Ph.D., merupakan Profesor Madya di Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Dengan Cemerlang), Universiti Malaya dalam bidang pengajian Akidah dan Pemikiran Islam (2008). Beliau telah menyiapkan Ijazah Kedoktoran dalam bidang akidah di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada tahun 2014. Beliau pernah terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Penilaian bagi Mata Pelajaran Buku Teks Usul al-Din Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2017 dan 2018. Beliau juga merupakan Panel Pakar Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2024 hingga 2025. Beberapa karyanya telah mendapat pengiktirafan di peringkat UniSZA dan Kebangsaan. Bukunya yang berjudul Al-Asma' Al-Husna Menurut Imam Al-Ghazali telah dianugerahkan Anugerah Penerbitan Buku 2022 (Sains Sosial dan Kemanusiaan - Agama) di UniSZA. Manakala, bukunya yang berjudul Allah Menurut Al-Ghazali diberi Anugerah Penghargaan Buku Ilmiah Terbaik 2022 (Kemanusiaan dan Sains Sosial), dalam Majlis Anugerah MAPIM-KPT ke-14, dan Anugerah Pengajian Tinggi: Buku Islamik Terbaik, dalam Majlis Anugerah Buku Negara (National Book Award 2022). Beliau juga telah dianugerahkan sebanyak 51 award dalam pertandingan inovasi, perkhidmatan cemerlang dan penyelidikan di samping penerbitan. Maklumat lanjut boleh dilihat dalam Curriculum Vitae di bawah.
DR. MOHD HASRUL BIN SHUHARI
Public link : https://portfolio.unisza.edu.my/name/hasrulshuhari@unisza.edu.my/
PROF. MADYA DR. MOHD HASRUL BIN SHUHARI
FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM
UniSZA@2015-08-09
Academic Background
PHD AKIDAH, Universiti Malaya, | 2014. |
IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN, Universiti Malaya, | 2008. |
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA, Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan, | 2002. |
Positions
Penyelaras (Penyelaras Program Akademik), Fakulti Pengajian Kontemporari Islam | 29 Sep 2024 | 28 Sep 2027 |
Penyelaras (Penyelaras Program Akademik), Fakulti Pengajian Kontemporari Islam | 29 Sep 2024 | 28 Sep 2027 |