Penilaian / Testimoni Pengajaran
Sertakan bukti hasil penilaian pengajaran / penyeliaan oleh pelajar
Sertakan testimonial pengajaran / penyeliaan berkesan daripada pelbagai sumber merangkumi:
- Pelajar
- Rakan Sejawat
- Jabatan / Fakulti
- Universiti
- Komuniti / Industri
Contoh Penilaian Bertulis Pelajar Bagi Subjek Mabahith al-Ilahiyyat

Contoh Penilaian Bertulis Pelajar Bagi Subjek Mabahith al-Nubuwwah wa al-Kawniyyat

Contoh Penilaian Bertulis Pelajar Bagi Subjek al-Firaq al-Islamiyyah

Penggunaan aplikasi Mukjam MyShakhsiyyah Telegram Bot dan aplikasi Automasi Layanan Pintar dalam kelas subjek al-Firaq al-Islamiyyah dan Mabahith al-Nubuwwah wa al-Ghaibiyyat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Dipaparkan juga keputusan soal selidik maklum balas dari para pengguna:
Inovasi pembelajaran yang dibangunkan oleh team penyelidik Prof. Madya Dr. Mohd Hasrul bin Shuhari iaitu MyShakhsiyyah Game buat pertama kalinya dipertandingkan dalam Sukan Mahasiswa Usuluddin (SUKMUS) bagi tahun 2025 di UniSZA. Di bawah adalah poster program tersebut, video liputan pertandingan dan juga 'feedback' dari peserta selepas bermain dengan aplikasi game tersebut:

Penggunaan aplikasi MyShakhsiyyah Game, Mukjam MyShakhsiyyah dan Automasi Layanan Pintar dalam Program Bimbingan Kelompok Dan Tautan Mahabbah Komuniti Madani di SMK Langkawi Pulau Tuba, Kedah tahun 2025. Aplikasi ini adalah hasil usaha alternatif pensyarah Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang diketuai oleh Prof Madya Dr Mohd Hasrul Shuhari bagi menyebarluaskan kefahaman berkaitan ilmu asas agama dalam bidang usuluddin terhadap masyarakat umum. Turut dipaparkan maklum balas secara lisan dari para pelajar dan guru sekolah tersebut termasuk soal selidik:

Penggunaan aplikasi MyShakhsiyyah Game, Mukjam MyShakhsiyyah Telegram Bot dan Automasi Layanan Pintar Istilah Usuluddin dalam Program Kaunseling Kelompok Dan Jelajah Madani Bersama Komuniti di Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru, Tumpat Kelantan tahun 2025. Testimoni atau maklum balas serta cadangan dari para peserta komuniti tersebut juga disertakan:

- Penggunaan aplikasi MyShakhsiyyah Game, dalam aktiviti explorace Kem Permata Intelek 2025 di Marang Terengganu. Video testimoni dari peserta juga disertakan di dalam video di bawah:

Penggunaan aplikasi MyShakhsiyyah Game dalam program Jelajah Masjid dan Agihan Bubur Asyura di Masjid Hadhari Jertih. Pembelajaran didik hibur menerusi permainan game ini dibina berdasarkan konsep akhlak Imam al-Ghazali. Ia satu usaha pendekatan warga UniSZA mendekati komuniti menerusi aplikasi game yang dibangunkan. Keputusan soal selidik maklum balas dari komuniti yang mencuba permainan ini turut dipaparkan dalam video di bawah:

Video:
Penggunaan MyShakhsiyyah Game, Mukjam MyShakhsiyyah Telegram Bot & aplikasi Automasi Layanan PintarFakulti Pengajian Kontemporari Islam telah bersetuju untuk menggunakan aplikasi yang dibangunkan ini dalam program Latihan Industri pelajar di luar negara iaitu Sri Langka, Jepun dan Indonesia:


Testimoni dari Pengkaji Luar Negara iaitu Sadik Ozata (Yayasan Hayrat Turki) berkenaan inovasi pembelajaran yang dibangunkan. Boleh lihat bermula pada minit ke 6:27 dalam video di bawah:
Testimoni Sahibul Fadhilah Profesor Madya Dr Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar (Timbalan Mufti - Jabatan Mufti Negeri Terengganu) berkenaan inovasi pembelajaran yang dibangunkan:
Testimoni Prof. Madya. Dr. Nadhirah Binti Nordin (Mantan Timbalan Dekan (Akademik dan Siswazah), Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), UniSZA merangkap Pensyarah Pusat Pengajian Syariah FKI UniSZA):
Testimoni Prof. Madya Ts. Dr. Roslan Bin Umar (Pengarah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) merangkap Pensyarah Pusat Pengajian Syariah FKI UniSZA):
Testimoni Dr. Aman Daima Bin Md. Zain (Timbalan Dekan (Akademik dan Siswazah), Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), UniSZA merangkap Pensyarah Pusat Pengajian Usuluddin, FKI UniSZA) dan juga Profesor Madya Prof. Ts. Dr. Mustafa Man (Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)):
Testimoni Prof. Madya Dr. Rahimah Binti Embong (Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pembangunan), Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), UniSZA merangkap Pensyarah Pusat Pengajian Pendidikan FKI UniSZA):