👨🏫 Kaedah pengajaran/penyeliaan dan penilaian
👨🏫 Kaedah Pengajaran, Penyeliaan dan Penilaian
Kaedah pengajaran yang saya laksanakan berpaksikan prinsip pembelajaran berpusatkan pelajar yang menekankan penglibatan aktif, penyelesaian masalah dunia sebenar serta pembentukan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritikal dan kolaborasi. Strategi perancangan dan pelaksanaan pengajaran saya disesuaikan mengikut keperluan kursus dan objektif pembelajaran yang ditetapkan.
2.1 Pengajaran dan Penyeliaan
Bagi kursus CSA20203 Network Analysis & Design, saya menerapkan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) secara menyeluruh. Pelajar diarahkan untuk menjalankan siasatan lapangan melalui soal selidik kepada pengguna internet dan perkhidmatan rangkaian di kampus UniSZA, termasuk pelajar dan staf. Tambahan lagi, satu lawatan akademik ke Pusat Pengurusan Infrastruktur Rangkaian (PPIR) telah dianjurkan, di mana pelajar menemubual pegawai teknikal bagi mengenal pasti isu sebenar yang dihadapi dalam sistem rangkaian kampus. Data yang dikumpulkan dianalisis dan dijadikan asas kepada cadangan penyelesaian masalah rangkaian, yang dibentangkan sebagai hasil akhir tugasan.
Dalam kursus CSW20403 Internet of Things, pendekatan pembelajaran memberi tumpuan kepada kajian isu dan pembangunan penyelesaian yang berkait rapat dengan Inisiatif Kampus Hijau (Green Campus Initiative). Pelajar ditugaskan untuk mengenal pasti cabaran kelestarian seperti penggunaan tenaga, pengurusan sisa, atau pemantauan persekitaran. Berdasarkan dapatan tersebut, setiap pelajar membangunkan projek individu IoT yang menyasarkan penyelesaian kepada isu dalam bidang bandar pintar (smart city) atau penjagaan kesihatan (healthcare).
2.2 Penilaian
Penilaian kursus berteraskan pendekatan autentik dan berasaskan projek, di mana pelajar dinilai berdasarkan:
-
Keupayaan mengenal pasti dan mentafsir masalah sebenar
-
Kualiti cadangan penyelesaian
-
Dokumentasi dan pembentangan projek
-
Keupayaan refleksi terhadap proses dan hasil kerja
Instrumen penilaian merangkumi rubrik berstruktur, laporan bertulis, serta penilaian proses (formative) yang dilakukan sepanjang semester.
2.3 Maklumat Kursus dan Penyeliaan
Kursus Kod Sesi Bil. Pelajar Network Analysis & Design CSA20203 2024/2025 48 Internet of Things CSW20403 2024/2025 54 Penyeliaan Pelajar Mengikut Peringkat (Sesi 2024/2025)
Peringkat Bil. Pelajar Fokus Projek Diploma 2 orang Aplikasi web. Sarjana Muda 4 orang 3 projek IoT, 1 aplikasi web. Sarjana (Master) 1 orang Artificial Intelligence (AI). Doktor Falsafah (PhD) 3 orang 1 dalam bidang AI, 2 dalam bidang Internet of Things -